Hilang Pendapatan Sejak PKP, Azmi Caliph Buskers & Luah Rasa Perlu Bantuan Kewangan | Khairul Azmi Mohd Saat memiliki aura tersendiri apabila berjaya menembusi pasaran muzik bersama kumpulan muziknya, Caliph Buskers. Biar pun memiliki kekurangan, kelainan upaya, ianya tidak menghalang Azmi dan Caliph Buskers terus mendapat tempat di hati pendengar muzik.
Sebelum ini mereka hanya membuat persembahan di kaki lima sekitar Kuala Lumpur, namun siapa sangka apabila tuah mereka apabila diberi tanggungjawab untuk menyampaikan lagu Romancinta nyanyian asal kumpulan Mojo pada AJL29.
CALIPH BUSKERS HILANG PUNCA PENDAPATAN SEPANJANG PKP
BACA: Mak Cik ‘Hello Kitty’ Hilang Sumber Pendapatan Apabila Teluk Cempedak Kosong Kerana PKP.
Perkara ini diakui sendiri oleh Azmi Saat apabila memberitahu tawaran persembahan kumpulan Caliph Buskers kebanyakan sudah pun dibatalkan sekali gus hilang mata pencarian.
AZMI BERGANTUNG PADA ISTERI
Sehingga kini, Caliph Buskers bergantung harap pada persembahan nyanyian semata-mata. Bila terjadi hal sebegini, Azmi kini terpaksa mengharapkan pendapatan isterinya, Nazirah Muhammad yang bekerja dalam sektor awam.
Walau bagaimanapun ia masih tidak cukup untuk membayar bil-bil serta rumah sewa mereka diami. Disapa soal bantuan, tambah Azmi mereka ada menerima daripada Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) dan juga rakan artis lain.
BANTUAN WANG DIPERLUKAN JUGA UNTUK KOMITMEN
Kebanyakan bantuan yang diterima dalam bentuk keperluan makanan. Tapi realitinya, Azmi dan ahli kumpulan yang lain juga memerlukan kewangan untuk kelangsungan hidup serta pembayaran bil utiliti.
“Bantuan diterima lebih kepada barangan keperluan makanan. Tetapi realitinya saya dan kebanyakan rakan yang cacat penglihatan lain memerlukan juga kewangan.”
“Pada masa sekarang, bantuan wang paling utama diperlukan ramai orang kerana nak bayar bil seperti elektrik, air dan telefon termasuk juga sewa rumah.” Memetik kenyataan Azmi kepada Harian Metro.
AZMI DAN CALIPH BUSKERS TIDAK BERPECAH
Sebelum ini ura-ura mengatakan yang Azmi kini sudah pun bergerak solo. Menjawab soal karier, Azmi menafikan perkara tersebut dan masih bersama kumpulannya. Cuma banyak undangan yang diterima untuk dia tampil secara solo.
Rakan-rakan yang lain tahu hal tersebut dan mereka sentiasa positif dengan soal permintaan undangan sesetengah pihak.
