Baru-baru ini media antarabangsa melaporkan seorang doktor junior, Farah Roslan telah menghasilkan hijab pakai buang steril yang boleh digunakan semasa dalam dewan pembedahan.
Dalam perubatan, aspek kebersihan menjadi keutamaan kepada pengamal perubatan tidak kira dari jururawat, pakar bedah, pembantu perubatan dan sebagainya.
Lebih-lebih lagi bila berada di dewan pembedahan. Mengambil kira dari hujung rambut ke hujung kaki, mereka diwajibkan untuk memakai pakaian khas bagi mengelakkan kawasan sekitarnya bebas dari kuman.
Idea Menghasilkan Hijab Pakai Buang Steril
Menerusi laporan media tersebut, Farah Roslan berkata dia mendapat idea menghasilkan hijab pakai buang steril itu kerana bimbang tudung yang dipakainya sehari suntuk mungkin sudah tidak bersih dan dicemari kuman. Ketika itu dia sedang menjalani latihan di Hospital Royal Derby.
Menurutnya hijab yang dipakai sepanjang hari itu membuatkan dia terpaksa keluar dari dewan bedah disebabkan bimbang mengenai pengawalan jangkitan.
Hendak ditanggalkan dia tidak rasa selesa. Jadi setelah pulang ke Malaysia, Farah mencari idea dengan mencuba rekaan dan pelbagai fabrik untuk menyelesaikan isu ini.
Tambahnya lagi, dia mahu memperkenalkan penggunaan hijab ini secara meluas di peringkat global. Pakar bedah perunding, Gill Tierney percaya pengenalan hijab tersebut adalah yang pertama seumpamanya di United Kingdom.
Menurutnya lagi dia sedar akan isu yang dialami Farah tersebut dan berharap dengan kewujudan hijab ini dapat menyelesaikannya.
Sumber:Â BBC

[…] tindakan seorang petugas Hospital Kuala Lumpur (HKL) meraih pujian ramai setelah sanggup berlari mendapatkan pesakit yang tertinggal […]