Home All Isu Semasa Kenakan ‘hidden charges’ Terhadap Penumpang, AirAsia & AirAsia X dikenakan Penalti RM2...

Kenakan ‘hidden charges’ Terhadap Penumpang, AirAsia & AirAsia X dikenakan Penalti RM2 Juta

1851
0
airasia

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mengenakan penalti kewangan ke atas AirAsia Bhd (AirAsia), AirAsia X Bhd (AirAsia X) dan anak syarikat Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MA Sepang).

Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata syarikat penerbangan itu telah melanggar kod perlindungan pengguna dan pengendali lapangan terbang tersebut pula gagal mematuhi piawaian kualiti perkhidmatan.

airasia

Penalti Kewangan Terhadap AirAsia dan AirAsia X

Penalti kewangan terhadap AirAsia dan AirAsia X, masing-masing berjumlah RM2 juta, disebabkan oleh caj berterusan kad kredit, kad debit dan fi pemprosesan perbankan dalam talian oleh syarikat penerbangan itu yang berasingan daripada tambang asas mereka, ia melanggar Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC), ia berlaku dari 10 Ogos, 2019 hingga 11 Sept, 2019.

“Ini kali kedua AirAsia dan AirAsia X telah didapati tidak mematuhi keperluan ditetapkan oleh MACPC,” kata suruhanjaya itu.
Sementara itu, MA Sepang telah didenda RM856,875 kerana kegagalannya memenuhi sasaran MAVCOM seperti yang ditetapkan di bawah Kerangka Kerja Perkhidmatan Berkualiti Lapangan Terbang (QoS) pada suku kedua 2019.

MAVCOM berkata syarikat penerbangan itu dan MA Sepang telah dimaklumkan mengenai penalti kewangan masing-masing pada 16 Jan, 2020.

Sumber: Bernama

Kenakan 'hidden charges' Terhadap Penumpang, AirAsia & AirAsia X dikenakan Penalti RM2 Juta 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here