Home All Isu Semasa Harap Jumpa Bapa Semula Terpisah Sejak 20 Tahun, Hati Ini Terlalu Rindu

Harap Jumpa Bapa Semula Terpisah Sejak 20 Tahun, Hati Ini Terlalu Rindu

1546
0

Harap Jumpa Bapa Semula Terpisah Sejak 20 Tahun, Hati Ini Terlalu Rindu | Menurut Slash Zuindra Abdullah, 25, usaha mencari bapanya menggunakan kuasa viral Twitter bermula apabila adiknya menemui sekeping foto lama, Ahad lalu.

“Ada kenalan kata mungkin kalau post dalam Twitter boleh viral dan boleh jumpa. Sebab sekarang kuasa viral kan.

“Tak pernah terfikir, Tapi atas cadangan kenalan, saya cuba. Gambar yang saya post tu baru dapat dua hari lepas.

“Adik saya ternampak gambar tu dalam album. Mama kata tu lah ayah saya. Album gambar tu pula nenek yang simpan, Itu je satu-satunya gambar ayah yang ada tersimpan,” ujarnya.

Terpisah Dengan Bapa Semasa Umur 3 Tahun

Mesra disapa Slash, jejaka yang menetap di Bangi, Selangor itu mendedahkan ibu bapanya bercerai sewaktu dia berusia tiga tahun.

terpisahPerbandingan wajah Slash dengan bapanya.

Selepas itu, dia yang cukup rapat dengan bapanya tidak lagi bertemu sehingga hari ini.

“Ayah dan mama berpisah, masa tu umur saya tiga tahun. Saya berpeluang ada dengan dia tiga tahun je. Sepanjang tempoh tu kami rapat.

“Ayah pergi jauh lepas bercerai dengan mama. Berpisah pasal apa pun saya tak tahu. Tak nak tanya mama sebab mungkin ada masalah antara mereka.

“Cuma mama kata, ayah saya baik orangnya. Jalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa yang sangat baik,” ujarnya yang kini tinggal bersama ibu, bapa tiri serta dua adik tiri.

Kata Slash, dia sangat berharap dapat bersemuka dengan bapanya yang dikenali sebagai Haizal Mohd Isa khususnya apabila Ramadan dan Syawal akan menjelma tidak lama lagi.

Malah, ibunya juga tidak menghalang usaha Slash itu, memandangkan dia cukup rapat dengan bapanya sejak kecil.

Harap Jumpa Bapa Semula Terpisah Sejak 20 Tahun, Hati Ini Terlalu Rindu 1
Posting Slash yang tular di Twitter.

“Mama pun faham, saya dah lama nak cari ayah tapi tak tahu macam mana cara. Saya harap sangat dapat jumpa ayah.

“Dapat peluk dia walaupun sekejap, jadilah. Terima Kasih saya nak ucapkan kat ayah kerana jadi ayah yang baik untuk saya satu ketika dulu.

“Kalau tak dapat dalam bulan puasa, waktu raya pun syukur dah. Dapat jumpa dia, peluk dia dah cukup bersyukur dah pada saya. Sebab demi Allah, hati ni terlalu rindu dengan dia.

Harap Jumpa Bapa Semula Terpisah Sejak 20 Tahun, Hati Ini Terlalu Rindu 2
Slash berharap dapat bertemu bapanya pada tahun ini.

“Apa pun yang berlaku antara ayah dan mama di masa lampau, saya tahu ayah dah beri yang terbaik untuk kami. Dan saya percaya, setiap yang berlaku ada hikmah Allah,” ujarnya.

BACA:Gelandangan Terpisah Dari Keluarga Sejak Tahun 1996 Berjaya Ditemukan Semula Selepas Muncul Dalam Berita TV3

Dedah Slash lagi, namanya yang cukup unik diberikan oleh bapanya yang sempena penyanyi kumpulan rock Guns N’ Roses, Slash.

Di Twitter misalnya, posting hebahan Slash mengenai misi pencarian bapanya yang terpisah sejak kecil itu turut menerima sokongan ramai.

Sehingga kini, posting itu menerima hampir 7,000 ulang kicau (Retweet). Semoga sempena bulan mulia nanti, Slash akan ditemukan dengan bapanya. Tolong kongsikan artikel ini supaya lebih ramai yang dapat bantu Slash dalam misi pencariannya.

Sumber: Mstar

Baca Selanjutnya

Harap Jumpa Bapa Semula Terpisah Sejak 20 Tahun, Hati Ini Terlalu Rindu 3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here