Hanya Jual Ayam Goreng RM1, Peniaga Ini Raih Pendapatan RM15,000 Sebulan | Kami tahu ramai orang suka nikmati ayam goreng yang sedap dan lazat. Lagi-lagi makan ayam goreng ketika panas-panas, memang ‘kick’ rasanya.
Ayam goreng jalanan merupakan antara pilihan ramai rakyat Malaysia kerana mudah untuk didapati dan murah. Menerusi satu temubual Free Malaysia Today, kisah peniaga ini menjual ayam goreng RM1 berjaya menarik perhatian kami.
Pendapatan Berniaga Jual Ayam Goreng Rm1
Mana tidaknya, peniaga ayam goreng RM1 ini berjaya menjana pendapatan RM15,000 sebulan. Mat Tohid Abdul Kadir merupakan pemilik perniagaan ayam goreng tersebut memulakan perniagaan pada tahun 2017 selepas perniagaan ayam goleknya tidak menjadi.
Akan tetapi, keuntungan tersebut bukanlah sentiasa kerana bergantung kepada musim. Menurut beliau, ekonomi yang tidak menentu sekarang memberikan inspirasi untuk beliau mula berniaga ayam goreng berharga RM1 agar orang ramai mampu beli.
Untuk anda yang ingin mencuba ayam goreng ini, anda boleh cuba di Keramat dimana ia dibuka setiap Isnin sehingga Jumaat pada jam 11 pagi hingga petang. Selain daripada ayam RM1, pelbagai jenis ayam berperisa turut dijual seperti ayam berkeju dan Spicy Korean Chicken.

[…] Hanya Jual Ayam Goreng RM1, Peniaga Ini Raih Pendapatan RM15,000 Sebulan […]
[…] tip memastikan ayam kekal segar ini memberi info yang betul tentang cara menyimpan ayam agar sentiasa segar walau […]
[…] Nak rasa keenakan cendawan jerami atau Volvariella ini bolehlah ikut tips yang dikongsikan. Mudah tumbuh dan memang berbaloi hasilnya, jimat belanja dapur tak perlu beli cendawan lagi. Malah boleh juga dijual dan dapat duit sampingan. […]