Berpegang pada janjinya, bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac hari ini tampil memberi sumbangan golongan karyawan yang memerlukan.
Perkara berkenaan dikongsi menerusi satu posting di Instagramnya.
Menurut Hans Isaac, sumbangan berupa barang keperluan itu disediakan kepada lebih 80 krew dan individu produksi filem yang terkesan daripada pandemik COVID-19.
BACA: Hidup Sederhana Berniaga kecil2, Pelakon Veteran Roslan Salleh Nasihat Artis Jangan Terlalu Meminta2
“Saya dah dengar cerita mereka, memang sekarang masa yang sukar buat mereka.
“Ini masanya untuk kita bersama , we have to take care of each other.
“Saya akan bantu apa yang termampu,” katanya.
Difahamkan sehingga hari ini saja sudah 42 individu yang datang mendapatkan bantuan.
Selain barangan keperluan harian, bantuan berupa wang tunai juga turut dberikan.
Untuk rekod, Hans Isaac sebelum ini nekad untuk mengembalikan kesemua gaji dan elaun diterimanya sepanjang 13 bulan perkhidmatannya.
BACA: Hans Isaac ‘Pulangkan’ Kembali Gaji Selama 13 Bulan Bersama FINAS
Jelas Hans, dia tidak mahu mengambil satu sen pun daripada elaun dan gaji berkenaan.
“Saya nak pulangkan duit itu kepada semua penggiat seni yang terjejas teruk akibat COVID-19.
“Saya akan pilih mana yang memerlukan tidak kiralah krew, jurusolek, atau mana-mana individu belakang tabir. Saya akan bantu,” katanya.
