Hadapi krisis kewangan, haiwan di zoo Jerman mungkin bakal jadi korban makanan haiwan lain.
Wabak pandemik COVID-19 yang melanda dunia bukan sahaja memberikan kesan kepada kehidupan manusia tetapi juga kehidupan haiwan.
BACA: Tiada Pelawat Ketika PKP, Nasib Haiwan Dan Pekerja Di Zoo Negara Hanya Bergantung Pada Dana
Disebabkan perintah berkurung yang dijalankan di majoriti negara dunia, pihak zoo terpaksa mencari jalan bagi mendapatkan dana untuk makanan haiwan-haiwan di zoo.
Hadapi krisis kewangan, sebuah zoo di utara Jerman tidak menolak sekiranya haiwan di zoo itu terpaksa dikorbankan untuk dijadikan makanan haiwan lain.

Zoo berkeluasan 24 hektar yang menjadi lokasi penginapan lebih 700 ekor haiwan itu terkenal dengan beruang kutub terbesar di Jerman dengan ketinggian lebih tiga meter.
Menerima lebih 150,000 pengunjung setiap tahun, zoo tersebut mengalami masalah kewangan sebaik sahaja Jerman mengumumkan perintah kawalan pergerakan dan menutup sempadan mereka sejak 15 Mac lalu.
Pengarah Zoo Jerman, Verena Kaspari memberitahu sekiranya pihak zoo kehabisan sumber kewangan untuk membeli makanan atau pihak pembekal makanan tidak lagi boleh menghantar bekalan, maka zoo terpaksa mengambil inisiatif terakhir itu.
Zoo Jerman Bakal Korbankan Kambing Atau Rusa
Boleh bertahan dijangka sehingga pertengahan Mei, antara haiwan yang berada dalam senarai korban awal ialah kambing dan rusa. Malah dana kecemasan daripada pihak kerajaan masih tidak lagi sampai ke pihak zoo Jerman.
Zoo Negara Malaysia tidak terkecuali menghadapi masalah yang sama. Mengharapkan dana orang ramai dan menganjurkan program ‘haiwan angkat’, akhirnya pihak kerajaan telah menghulurkan bantuan dana sebanyak RM1.3 juta bagi mengatasi kesan pandemik COVID-19 terhadap mereka.
Alhamdulillah..Nasib haiwan-haiwan di Zoo Negara terbela apabila kerajaan menyumbang dana sebanyak RM1.3 juta sebagai…
Posted by Petua Ibu on Sunday, April 19, 2020
Sumber: Business Insider, Harian Metro

[…] BACA: Hadapi Krisis Kewangan, Haiwan Di Zoo Jerman Mungkin Dikorbankan Jadi Makanan Haiwan Lain […]