Home All Isu Semasa Dahulunya Hero Malaya, Kini Hairie Othman Dilihat Selesa Ikut Kerja Dakwah

Dahulunya Hero Malaya, Kini Hairie Othman Dilihat Selesa Ikut Kerja Dakwah

3136
0
hairie

Siapa tidak kenal dengan nama Hairie Othman, beliau sangat terkenal dengan watak ikonik Leftenan Adnan dalam sebuah filem ketenteraan suatu ketika dahulu. Ramai di antara kita pastinya pernah berebut untuk menjadi Leftenan Adnan disaat bermain ‘perang-perang’ ketika masih kecil dahulu.

Namun kini, wajahnya jarang sekali dilihat di layar perak. Orang ramai terutamanya peminat-peminat beliau pasti tertanya-tanya apa yang dilakukan oleh beliau sekarang.

Hairie Focus Kerja Dakwah

Rupanya, kini pelakon tersebut lebih selesa dengan kerja-kerja dakwahnya dan banyak mengikuti majlis ilmu di samping menyampaikan ceramah kepada orang ramai.

Jika dilihat di laman Instagram beliau, pelakon itu juga banyak meluangkan masa bersama keluarga, mengembara bersama rakan-rakannya sementara meneruskan aktiviti dakwah beliau.

Terdahulu, Beliau pernah berlakon dalam drama Leftenan Zana yang ditayangkan pada awal tahun lalu. Diharapkan semoga Hairie berjaya dalam kerja dakwah dan bidang lakonannya.

Dahulunya Hero Malaya, Kini Hairie Othman Dilihat Selesa Ikut Kerja Dakwah 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here