Home All Isu Semasa Guru Sanggup Redah Hujan Demi Pelajaran Anak Didiknya

Guru Sanggup Redah Hujan Demi Pelajaran Anak Didiknya

856
0
Guru Sanggup Redah Hujan Demi Pelajaran Anak Didiknya

Guru Sanggup Redah Hujan Demi Pelajaran Anak Didiknya | Di ketika dunia berdepan dengan musuh yang tidak kelihatan dengan mata kasar kini, kehidupan perlu dilalui juga oleh orang ramai demi kelangsungan hidup.

Di Malaysia sendiri biarpun kes masih ada, namun aktiviti ekonomi perlu bergerak untuk menjana pendapatan.

Namun bidang pendidikan perlu dilakukan dalam normal baharu yang mana dijalankan dalam talian. Tetapi tidak semua pelajar bernasib baik memiliki kelengkapan seperti internet dan gajet sesuai. Bimbang pelajar ketinggalan, seorang guru wanita ini sanggup meredah hujan demi pelajaran mereka.

Perkara ini dikongsikan sendiri oleh seorang pengguna Facebook dengan nama akaun Wan Ridhuan Muhammad. Menerusi foto-foto yang dimuat naik oleh individu ini kelihatan seorang guru gigih meredah hujan untuk bertemu pelajarnya dan menyerahkan bahan-bahan pelajaran kepada mereka.Guru Sanggup Redah Hujan Demi Pelajaran Anak Didiknya 1 Guru Sanggup Redah Hujan Demi Pelajaran Anak Didiknya 2

Menurut individu tersebut, guru itu bimbang akan anak muridnya yang akan mengambil SPM tidak belajar dalam tempoh PKPB. Disebabkan itu guru sanggup redah hujan ini demi menghantar bahan belajar buat anak didiknya. Difahamkan individu tersebut adalah suami kepada guru gigih ini.

Berikut adalah perkongsian penuh individu ini mengisahkan guru sanggup redah hujan demi pelajaran anak muridnya ini:

Begitulah hebatnya pengorbanan seorang guru. Berikut antara reaksi warganet mengenai perkongsian tersebut:guru

BACA JUGA :: Guru Kongsi Kisah Pelitup Muka Kotor Dan Berjahit Pelajar Pendalaman, “Tak Semua Berkemampuan”

Guru Sanggup Redah Hujan Demi Pelajaran Anak Didiknya 3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here