Home All Isu Semasa Guru Kongsi Perkara Remeh Tapi Penting Sebelum Ibu Bapa Hantar Anak Masuk...

Guru Kongsi Perkara Remeh Tapi Penting Sebelum Ibu Bapa Hantar Anak Masuk Sekolah

5357
3

Guru Kongsi Perkara Remeh Tapi Penting Sebelum Ibu Bapa Hantar Anak Masuk Sekolah | HANYA berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum sesi persekolahan bermula, pastinya ibu bapa tidak lena tidur memikirkan anak yang akan melangkah ke alam baharu.

Perkara sedemikian lazimnya berlaku kepada ibu bapa yang anak mereka bakal memasuki tahun satu.

Pasti ibu bapa tidak senang duduk memikirkan bagaimana anak akan menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu, apatah lagi kisah dan gelagat murid sering dipaparkan di media saban tahun.

Menerusi posting di Facebook, seorang pelayar berkongsi beberapa panduan untuk diikuti oleh ibu bapa dalam menangani situasi minggu pertama persekolahan anak mereka.

Guru Kongsi 2 Perkara Penting Perlu Didik Anak Sehingga Mahir

Van Sekolah

Menurut pelayar yang juga merupakan seorang guru, Mohd Fadli Salleh, perkara yang perlu dititikberatkan oleh ibu bapa ialah ketika waktu anak pulang sekolah.

“Jika mereka pulang dengan van atau bas sekolah, tolong hadir dua hingga tiga hari pertama sesi persekolahan, bawa anak ke tempat tunggu van atau bas, kenalkan pada driver minta anak hafal dan tulis nombor plat van atau bas.

Posting yang dikongsi oleh Mohd Fadli meraih melebihi 500 shares.

“Acapkali berlaku murid tahun 1 (terutamanya) tak kenal van atau bas sekolah mereka. Mereka main ikut je kawan-kawan naik van sekolah lain. Berpeluh driver van sebenar mencari budak tu.

“Mak ayah lagi risau bila anak tak naik van yang sepatutnya, tapi tiada dalam kawasan sekolah,” tulisnya pada perkongsian tersebut.

Justeru katanya, adalah penting untuk ibu bapa menulis nombor telefon dan dilekatkan pada beg sekolah anak mereka sebagai ‘persediaan’ sekiranya berlaku situasi tidak dijangka.

“Sebab tu penting letak nombor telefon ibu bapa pada beg anak. Bila driver van sedar dia bawa murid yang salah, atau murid tersebut mengikut kawannya balik ke rumah, ibu bapa kawan dia atau driver van boleh terus call kita untuk memaklumkan.

“Banyak berlaku kes salah faham waktu pulang ni. Ayah ingat mak pergi ambil, mak ingat ayah pergi ambil. Last-last anak keseorangan menanti di sekolah.

“Juga berlaku anak tidak menunggu di tempat yang sepatutnya. Melilau ayah mencari anak yang rupanya bermain di kantin dan kawasan sekolah.

“Jadi dua hingga tiga hari pertama persekolahan, penting bagi ibu bapa hadir waktu pulang untuk ajar anak menunggu di tempat yang betul dan naik van atau bas yang tepat,” tulis guru itu lagi.

Ajar Anak Ke Tandas

Mohd Fadli beberapa kali berhadapan dengan kejadian pelajar meninggalkan seluar dalam di tandas.

Dalam masa yang sama, guru tersebut juga menekankan betapa pentingnya untuk ibu bapa mengajar anak menggunakan tandas awam, lantaran dirinya pernah berhadapan dengan kejadian beberapa pelajar meninggalkan seluar dalam di tandas.

“Gambar spender dan seluar sekolah murid tahun satu di atas lantai. Waktu ni dah minggu kedua persekolahan, namun dia masih tak pandai menggunakan tandas sekolah. Dia buat macam tandas rumah dia.

“Buka seluar kat luar pintu, masuk je dalam tandas. Apa akan jadi kat seluar dia atas lantai tu? Dah tentu akan basah, kotor, busuk, kena pijak oleh murid lain yang lalu lalang.

“Kadang kita terlepas pandang. Mengajar anak menggunakan tandas awam dengan betul itu sangat penting. Pastikan mereka tak buat begini ya sebaik masuk sekolah nanti,” tulis Guru ini dalam satu posting berlainan.

Guru Kongsi Perkara Remeh Tapi Penting Sebelum Ibu Bapa Hantar Anak Masuk Sekolah 1

Antara komen netizen yang turut sama berkongsi pengalaman mengenai anak masing-masing.

Posting berkenaan mendapat sehingga melebihi 500 pekongsian, dengan rata-rata netizen bersetuju dengan saranan dan tips guru berkenaan.

“Bagusnya info yang cikgu bagi… semoga anak selamat pergi dan balik sekolah… ibu bapa juga kena kenal pemandu bas atau van,”tulis seorang pelayar.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman ‘kehilangan’ anak sendiri ketika minggu awal persekolahan.

“Pernah berlaku pada anak lelaki sulung saya masa dia darjah 1. Meraung-raung saya call suami beritahu anak hilang. Rupa-rupanya dia pergi naik van sekolah sebab pakcik driver van tu tepuk bahu dia suruh naik,” tulis seorang pelayar lain.

Guru Kongsi Perkara Remeh Tapi Penting Sebelum Ibu Bapa Hantar Anak Masuk Sekolah 2

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here