Home All Isu Semasa Guru Kongsi Kisah Pelitup Muka Kotor Dan Berjahit Pelajar Pendalaman, “Tak Semua...

Guru Kongsi Kisah Pelitup Muka Kotor Dan Berjahit Pelajar Pendalaman, “Tak Semua Berkemampuan”

1539
0
Guru Kongsi Kisah Pelitup Muka Kotor Dan Berjahit Pelajar Pendalaman, “Tak Semua Berkemampuan

Ala sedihnya…Umum mengetahui kerajaan memang sudah mewajibkan pemakaian pelitup muka untuk di tempat awam sejak 1 Ogos lalu di seluruh negara.

Memandangkan penggunaan pelitup muka menjadi norma baru yang perlu diterapkan dalam kehidupan seharian, ia sedikit sebanyak agak membebankan golongan berpendapatan rendah kerana perlu melaburkan kewangan mereka yang ketika ini hanyalah sekadar cukup makan.

Baru-baru ini seorang guru terpanggil untuk berkongsi threat di laman twitter beliau dengan nama @fazri_hassan tentang situasi pelajar disekolahnya yang mengunakan face mask terpakai yang kotor dan berjahit.

Dikenali sebagai Cikgu Fazri menceritakan untuk membincangkan tentang pemakaian pelitup muka di kawasan sesak dengan anak muridnya.

Namun, beliau terkesima dan sebak selepas melihat salah seorang anak muridnya memakai pelitup muka yang bukan sahaja terang-benderang tercemar, malah talinya dijahit semula menggunakan benang.

Ia menandakan face mask tersebut telah pun dipakai berulang kali oleh murid berkenaan.pelitup muka

BACA JUGA: Awas! 5 Kesan Pakai Face Mask Terlalu Lama, Salah Satu Punca Jerawat Membiak!

pelitup muka

Insiden tersebut membuatkan beliau turut bertanyakan kepada murid-murid lain dan segelintir daripada mereka akui telah berulang kali pakai selama dua hingga tiga hari sebelum ditukar baharu.

Beliau sudah pun menukar face mask baharu dan sentiasa bersedia memberikan secara percuma kepada murid yang tidak berkemampuan di dalam kelasnya.

pelitup muka

Menurut sumber, Fazri merupakan guru pendidikan khas Sekolah Kebangsaan Gas, Sandakan, Sabah dan anak muridnya daripada pendidikan khas tahun enam.

Fazri juga mengajak guru-guru lain cakna untuk memeriksa pemakaian face mask dengan lebih kerap selepas ini untuk memastikan kebersihan dan keselesaan dalam kalangan pelajar.

Rata-rata warganet bersetuju dengan guru ini, dan turut berkongsi pandangan.pelitup muka

Sebelum ini, kerajaan juga bercadang untuk menurunkan lagi paras harga siling pelitup muka tiga lapisan di bawah RM1.20 seunit.

Malah, harga borong bahan itu yang ketika ini RM1.45 seunit juga akan diturunkan kepada RM1.15 bermula pada tarikh sama.

So apa pandangan korang tentang isu ini?

Sumber : Twitter

BACA JUGA: WHO Kini Sokong Saranan Orang Ramai Perlu Memakai Topeng Muka Ketika Berada Di Tempat Awam

Guru Kongsi Kisah Pelitup Muka Kotor Dan Berjahit Pelajar Pendalaman, “Tak Semua Berkemampuan" 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here