Home All Isu Semasa Guru Disuruh Merangkak Oleh Ibu Murid Ingin Selesai Secara Baik, Enggan Saman

Guru Disuruh Merangkak Oleh Ibu Murid Ingin Selesai Secara Baik, Enggan Saman

9273
1
merangkak

Satu video seorang guru sekolah agama disuruh merangkak oleh seorang wanita yang didakwa ibu kepada seorang murid sekolah telah menajdi tular di media sosial sejak semalam.

Penularan video itu menimbulkan kemarahan orang ramai kerana dianggap melampau dan sengaja mengaibkan guru. Khabarnya, anak wanita itu cedera dan ibunya menuduh dia cedera kerana guru tersebut. Disebabkan itu, wanita itu meminta guru tersebut merangkak di lantai kelas sambil dirakamkan oleh wanita tersebut.

Video rakaman itu kemudiannya tersebar dengan meluas, dipercayai disebarkan oleh wanita itu. Tindakannya dianggap melampau dan kurang ajar seterusnya menimbulkan kemarahan warganet.

Khidmat Peguam Untuk Guru Yang Disuruh Merangkak

Disebabkan itu, seorang peguam telah menawarkan khidmat nasihat dan guaman secara percuma kepada guru tersebut bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita tersebut. Peguam itu, Nurhidayaty Maidin dari Tetuan Nur Maidin & Co dan meminta warganet memberi maklumat mengenai identiti guru tersebut.

Namun begitu, Nurhidayaty memberitahu bahawa dia telah berjaya menghubungi guru itu tetapi guru itu ingin menyelesaikan segala yang berlaku secara baik.

Saya telah menghubungi guru yang berkenaan berserta penyelia sekolah dan telah memberikan nasihat undang-undang.

Saya hormati keputusan guru dan sekolah untuk menyelesaikan perkara ini dengan cara baik dan tidak mahu berpanjangan. Namun sebagai pengajaran supaya insiden in tidak berulang, saya telah mencadangkan agar pihak sekolah menyediakan beberapa dokumen penting yang perlu ditandatangani oleh si ibu. Jangan sekadar ucapan maaf seperti musim raya . Perlu disertakan dengan dokumen undang-undang. Saya telah hulurkan diri untuk pantau proses ini.

Sementara itu, satu salinan skrin dari satu pengguna Facebook dikatakan nenek saudara murid tersebut mendakwa mereka berdua sudah berdamai.

Guru Disuruh Merangkak Oleh Ibu Murid Ingin Selesai Secara Baik, Enggan Saman 1

Apa boleh dikatakan, wanita itu bernasib baik kerana guru itu tidak mahu mengambil tindakan undang-undang. Semoga insaf dan tidak berbuat demikian lagi di masa akan datang.

Guru Disuruh Merangkak Oleh Ibu Murid Ingin Selesai Secara Baik, Enggan Saman 2

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here