Home All Isu Semasa Gerhana Matahari Cincin, Ramai Tertarik Saksikan Sendiri Fenomena Setiap 20 Tahun Ni

Gerhana Matahari Cincin, Ramai Tertarik Saksikan Sendiri Fenomena Setiap 20 Tahun Ni

16516
1
gerhana matahari cincin

Bukan senang nak tengok kerana ia berlaku setiap 20 tahun. Itulah gerhana matahari cincin atau anulus. Dan hari ini Malaysia berpeluang menyaksikan kejadian alam yang jarang sekali berlaku.

Kali terakhir fenomena alam ini terjadi kira-kira 21 tahun yang lalu di Mersing, Johor pada 22 Ogos 1998.

Pengarah Planeterium Negara Anita Bahari dilaporkan berkata sebelum ini fenomena alam yang berlaku setiap 20 tahun, dapat disaksikan dengan jelas di dua kawasan sahaja iaitu di Tanjung Piai, Johor dan Serian, Sarawak kerana pada ketika itu kedudukan bulan, bumi dan matahari adalah selari.

Gerhana Matahari Cincin, Ramai Tertarik Saksikan Sendiri Fenomena Setiap 20 Tahun Ni 1“Tanjung Piai terkenal dengan gelaran Penghujung Paling Selatan Tanah Besar Benua Asia di Pontian, Johor.

“Kebetulan Tanjung Piai adalah pusat pelancongan terkenal di Johor. Ia menjadi tumpuan dunia kerana pergerakan gerhana berlaku di seluruh dunia,” katanya.

Menurutnya, fenomena itu akan berlangsung pada jam 11.26 pagi (fasa pertama) dan menghasilkan Anulus (fasa empat) tepat jam 1.21 petang di Tanjung Piai manakala di Serian bermula jam 11.49 pagi dan menghasilkan gerhana penuh pada jam 1.46 petang.

Gerhana Matahari Cincin, Ramai Tertarik Saksikan Sendiri Fenomena Setiap 20 Tahun Ni 2Gerhana matahari cincin berlaku apabila bulan bergerak tepat di hadapan matahari dan disebabkan ketika itu, bulan berada sedikit jauh daripada bumi, maka saiznya sedikit kecil dan tidak akan dapat menutupi keseluruhan bentuk piring matahari.

Akibatnya di dalam kawasan atau berhampiran dengan kawasan laluan tengah gerhana ini, matahari akan kelihatan seperti cincin.

Dan sempena gerhana matahari hari ini kebanyakan masjid dan surau mengadakan majlis solat sunat gerhana di seluruh negara.

Planetarium Negara dengan kerjasama Masjid Negara turut mengadakan Solat Sunat Khusuf secara berjemaah.

Manakala laman Facebook Planetarium Negara pula membawakan laporan secara langsung fenomena alam ini.

Secara amnya, laluan gerhana cincin ini akan bermula dari Semenanjung Tanah Arab, kemudian memasuki selatan India dan Sri Lanka, seterusnya Asia Tenggara merentasi Malaysia, Indonesia, Singapura dan Filipina sebelum ia berakhir di lautan Pasifik.

Gerhana Matahari Cincin, Ramai Tertarik Saksikan Sendiri Fenomena Setiap 20 Tahun Ni 3Fasa gerhana matahari berlangsung selama kira-kira 3 jam 51 minit, bermula dengan kemunculan bayang-bayang bulan dan sampailah ke saat bulan kembali hilang.

Kredit: FMT

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here