Penangan Gerai Tepi Jalan, Mengapa Ramai Gemar Makan Disitu?

0
1484

Gerai tepi jalan boleh dikatakan wujud di mana-mana sahaja sama ada di kawasan bandar mahupun di luar bandar yang beroperasi tidak kira waktu.

Sehingga kini masih tidak lekang dari mentaliti masyarakat Malaysia khususnya yang menganggap gerai tepi jalan ini tidak sihat, kotor, jijik, terdedah kepada asap kenderaan dan tiada kelas untuk membawa ahli keluarga menjamu selera.

Namun mengapa ramai yang memilih untuk mengunjungi gerai tepi jalan ini berbanding makan di restoran yang lebih selesa dan dijamin kualitinya?

Gerai Tepi Jalan Menjadi Daya Penarik Pelancong

Makanan jalanan atau “street food” sangat terkenal di beberapa buah negara dan di negara Asia seperti Thailand dan Vietnam di mana ia merupakan satu tarikan terbesar kepada pelancong. Merasai makanan jalanan merupakan perkara wajib yang perlu dilakukan jika melancong ke luar negara atau di dalam negara.

Mengikut sumber yang diperolehi daripada laman themalaysianinsight.com, makanan jalanan terutamanya di Asia ini mempunyai pelbagai pilihan serta harga yang sangat berpatutan. Selain itu juga, kepelbagaian hidangan yang dijual juga mampu menarik perhatian dunia dan sudah pasti akan diburu oleh pencinta makanan.

Jika dilihat, begitu ramai pencinta makanan yang membuat ulasan dengan merakam video dan kemudiannya dimuat naik ke laman Youtube secara tidak langsung telah mempromosikan keunikan negara tersebut.Penangan Gerai Tepi Jalan, Mengapa Ramai Gemar Makan Disitu? 1

Kedai Ramai Orang, Mesti Pakai Pelaris Ni

Tetapi berbeza pula di Malaysia, apabila perniagaan sedang meningkat maju, akan muncul pula anasir jahat yang tidak senang melihat kejayaan yang dikecapi.

Pelbagai cara akan digunakan untuk meningkatkan hasil jualan untuk menandingi jualan orang lain yang berada di sekeliling kawasan tapak perniagaan. Antara yang sering digunakan untuk meningkatkan hasil jualan ialah pelaris.

Mengambil maklumat daripada laman muftiwp.com, hukum menggunakan pelaris untuk menarik pelanggan adalah termasuk dalam perkara-perkara yang khurafat dan boleh membawa kepada mensyirikkan Allah.

Mengapa perlu ada hasad dengki dengan hasil jualan orang lain sedangkan rezeki itu sememangnya datang dari Allah. Sebaiknya hindarilah perkara-perkara khurafat yang boleh membawa kepada mensyirikkan Allah dalam usaha mencari rezeki yang berkat.

Tidak Mudah Untuk Menjalankan Perniagaan

Penangan Gerai Tepi Jalan, Mengapa Ramai Gemar Makan Disitu? 2

Menjalankan perniagaan yang menjual makanan sering kali dianggap sebagai sebuah perniagaan yang paling mudah untuk dimulakan. Tetapi disebalik kemeriahan pengunjung yang hadir ke gerai tepi jalan ini, sudah pasti akan ada keperitan yang dialami oleh mereka.

Terlalu banyak kes yang melibatkan peniaga gerai tepi jalan yang menjalankan perniagaan tidak berlesen dan memasang khemah di kawasan larangan diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Perasaan sedih timbul apabila melihat barangan niaga mereka dirampas, tetapi di negara kita ini mempunyai undang-undang.

Pada sudut pandang yang berbeza pula, gerai tepi jalan ini sememangnya akan menjadi daya tarikan yang mampu merancakkan ekonomi satu tempat berkenaan dan boleh diusahakan sebagai satu bentuk promosi kepada kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 nanti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here