Home All Kisah Teladan Gadis Ini Kini Gembira Jadi Petani Di Kampung Setelah Nekad Berhenti Kerja...

Gadis Ini Kini Gembira Jadi Petani Di Kampung Setelah Nekad Berhenti Kerja ‘Designer’ Di Bandar!

8671
0
Gadis Ini Kini Gembira Jadi Petani Di Kampung Setelah Nekad Berhenti Kerja ‘Designer’ Di Bandar!

Gadis Ini Kini Gembira Jadi Petani Di Kampung Setelah Nekad Berhenti Kerja ‘Designer’ Di Bandar! | Setiap orang memiliki jalan hidup tersendiri dan mereka yang tidak pernah putus asa akan berjaya dalam hidup serta yakinlah rezeki berada di mana-mana sahaja.

Kisah Nuraishah Shamsuddin berumur 27 tahun ini mungkin boleh dijadikan sebagai inspirasi untuk anak muda di luar sana untuk tidak takut membuat keputusan agar dapat merasa bahagia.

Beliau berkongsi kisahnya melalui Twitter dan mendapat perhatian daripada netizen. Ikuti perkongsian beliau yang mungkin akan buka minda anda di luar sana dan sentiasa melakukan perkara yang membuatkan anda gembira. Ayuh, kita mulakan!

Gadis Ini Kini Gembira Jadi Petani Di Kampung Setelah Nekad Berhenti Kerja ‘Designer’ Di Bandar!

Menurutnya, rutin hariannya kini hanyalah pergi ke kebun setiap pagi dan menjual hasil tanamannya iaitu sayur-sayuran untuk mencari sumber pendapatan. Walaupun hasil pendapatannya tidaklah banyak tetapi beliau bahagia dengan kehidupannya saat ini.

Menjadi Petani Berbakti Pada Tanah Dan Sentiasa Bersyukur

Tambahnya lagi, sejak beliau mulakan langkah menjadi petani dengan berbudi pada tanah membuatkan beliau rasa bersyukur, berasa lebih sihat, dan paling utama gembira.

Nuraishah ketika dihubungi mengatakan bahawa bukanlah mudah untuk beliau menguruskan kebun tersebut kerana boleh dikatakan 95% kerja di kebun diuruskan olehnya sendiri. Hanya kadangkala kerja-kerja kebun akan dibantu sedikit oleh sukarelawan.

Gadis Ini Kini Gembira Jadi Petani Di Kampung Setelah Nekad Berhenti Kerja ‘Designer’ Di Bandar!

Untuk pengetahuan anda, Nuraishah mula untuk berkebun selepas beliau berhenti kerja sebagai seorang pereka secara freelance. Beliau yang menanti peluang pekerjaan ketika berada di kampungnya di Teluk Intan membuatkan beliau mengisi masa lapang dengan berkebun.

Siapa sangka hanya dengan mengisi masa lapang dan minat, kini ia menjadi punca rezeki beliau sebagai petani. Apabila ditanya tentang perancangan masa depannya, beliau mengatakan bahawa beliau ingin membesarkan kebunnya, anjurkan kelas tentang tanaman dan memberikan pengetahuan kepada orang ramai tentang sustainable living.

Akhir kata, beliau mengatakan jika anda minat terhadap sesuatu, anda harus teruskan dan tidak berputus asa. Lama-kelamaan usaha titik peluh anda akan membuahkan hasil yang tidak disangka-sangka.

Diharap perkongsian ini akan membuat anda tidak putus asa dalam mengejar impian dan yakin rezeki berada di mana-mana tak kisah lah walau impian anda sebagai petani sekalipun.

Baca Selanjutnya

Gadis Ini Kini Gembira Jadi Petani Di Kampung Setelah Nekad Berhenti Kerja ‘Designer’ Di Bandar! 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here