Home All Isu Semasa Gelandangan Terpisah Dari Keluarga Sejak Tahun 1996 Berjaya Ditemukan Semula Selepas Muncul...

Gelandangan Terpisah Dari Keluarga Sejak Tahun 1996 Berjaya Ditemukan Semula Selepas Muncul Dalam Berita TV3

11147
2
Gelandangan Terpisah Dari Keluarga Sejak Tahun 1996 Berjaya Ditemukan Semula Selepas Muncul Dalam Berita TV3

Gelandangan Terpisah Dari Keluarga Sejak Tahun 1996 Berjaya Ditemukan Semula Selepas Muncul Dalam Berita TV3 | Siapa sangka disebalik kepayahan menghadapi pandemik COVID-19 ini, ada sesuatu hikmah yang lebih baik berlaku untuk kisah golongan yang terabai dan memilih hidup bebas di kota ini.

Seorang gelandangan yang muncul di dalam berita di stesen televisyen TV3 berjaya disatukan semula dengan keluarganya yang terpisah sejak 20 tahun lalu.

Untuk makluman, kerajaan kini menyediakan penempatan khas buat gelandangan di beberapa buah pusat komuniti supaya bantuan kepada mereka lebih mudah untuk disalurkan selain keselamatan yang lebih terjamin.

Gelandangan Terpisah Dari Keluarga Sejak Tahun 1996 Berjaya Ditemukan Semula Selepas Muncul Dalam Berita TV3

Kisah berkaitan gelandangan ini telah mendapat liputan yang meluas daripada pengamal media agar nasib golongan ini terus terbela.

Kisah ‘jejak kasih’ lelaki ini bermula apabila lelaki tersebut muncul di dalam Buletin Utama ketika diwawancara mengenai nasib gelandangan selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat. Menerusi paparan berita itu, keluarga lelaki tersebut yang menonton menemui semula ahli keluarga mereka yang terpisah.

Perkongsian yang dikongsikan di Twitter milik Mohd Faizal Hassan ini memaparkan perbualan daripada ahli keluarga tersebut. Dilaporkan lelaki tersebut berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1996 berkemungkinan kerana mencari pekerjaan. Namun, selepas itu mereka terpisah hubungan dengan ahli keluarga mereka ini sehinggalah kini.

Keluarga tersebut kemudian memulakan pencarian dengan menggunakan media sosial untuk mendapatkan maklumat mengenai ahli keluarga mereka itu. Mereka akhirnya berjaya menghubungi lelaki tersebut di atas bantuan beberapa pihak.

Turut dimaklumkan, lelaki tersebut tersebut akan pulang semula ke kampung yang terletak di Johor selepas tamat PKP ini.

Sebelum ini dilaporkan kira-kira 800 gelandangan akan ditawarkan pekerjaan selepas tamat tempoh PKP ini. Mereka juga akan diberikan latihan dan menjalani kursus sebagai persediaan sebelum diberikan pekerjaan.

Baca Selanjutnya

Gelandangan Terpisah Dari Keluarga Sejak Tahun 1996 Berjaya Ditemukan Semula Selepas Muncul Dalam Berita TV3 1

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here