Home All Keluarga Lelaki Yang Gatal Nak Kahwin, Kalau Tak Sedia Berkorban Lupakan Je Hasrat...

Lelaki Yang Gatal Nak Kahwin, Kalau Tak Sedia Berkorban Lupakan Je Hasrat Tu

3317
4

Bila sebut pasal kahwin, memang ramai yang tak sabar nak kahwin baik perempuan juga lelaki. Siapa yang tidak mahu mengikat tali cinta dengan kekasih hati dan menghalalkan perhubungan mengikut syariat agama.

Perkahwinan itu memang seronok, tetapi jangan kita selalu terlepas pandang pada hal-hal yang utama. Perkara asas dalam perkahwinan. Lelaki memegang tanggungjawab yang besar untuk menjadi pemimpin dalam keluarga. Malah apabila sudah berkahwin lelaki perlu sedia bekorban.

Jika ada yang masih merasakan belum bersedia bekorban untuk anak-anak dan isteri jangan mimpi nak kahwin. Mizan Dzai berkongsi apabila mempunyai keluarga sebagai suami memang perlu banyak berkorban. Beruntung jika mempunyai suami seperti ini, tidak salah berkorban untuk orang yang kita sayang.nak kahwin

SEBELUM NAK KAHWIN, BACA DULU PENGORBANAN NAK JADI SUAMI NI

“Sebenarnya, perkahwinan dan kehidupan aku tak seindah yang kau orang sangkakan. Bohong kalau aku tak pernah bergaduh dengan isteri, bohong kalau aku sentiasa berduit, bohong kalau bisnes-bisnes aku tak pernah ada masalah.

“Ramai orang PM aku bertanyakan tips, nampak hidup aku indah, kononnya aku suami yang penyayang dan ada bisnes-bisnes yang maju, katanya aku ada anak-anak yang comel ikut El yang berkacukan Arab. Orang nampak kita senang, orang tak tahu susah kita macam mana.

“Hidup ni bukan seindah drama pukul 7 tapi hidup ni cukup indah kalau kita bersyukur dengan cabaran dan dugaan yang mendatang. Bagi aku, kunci kebahagiaan dan kejayaan adalah bermula dengan bersyukur.

“Siapa kata aku tak pernah bergaduh besar dengan El? Dia jenis yang tak banyak cakap, susah nak membebel dan dia akan pendam kalau terasa dengan aku sampai aku jadi bengang kekadang. Mana taknya, aku dok fikir apa salah yang aku buat sampai salam yang patutnya cium tangan pakai mulut tapi dia pakai dahi. Cramp otak aku asik fikir apa aku buat, aku ada pergi rumah urut tanpa sedar ke apa semalam?

“Kekadang sampai menangis El aku paksa bagitahu apa salah aku. Tak adil untuk aku dihukum tanpa aku tahu cerita sebenar atau disedarkan bahawa aku dah buat silap atau benda yang dia tak suka.

BACA JUGA: Sifat Yang Harus Dijauhi Oleh Semua Isteri

“Nak kata aku tak utamakan keluarga, sebelum ayam habis aku dah topap yang baru termasuk kepala dengan tongkeng sekali. Nak kata susu Farrel habis, aku jenis yang beli satu kotak terus.

“Cuma kita sebagai suami kena ingat, kita terlalu meremehkan hal-hal di dalam rumah seperti tentang perkembangan anak-anak, kepenatan isteri jaga makan pakai kita, barang mandi atau perhiasan isteri dah habis, stoking dan spender campak merata dll.

“Penat weh urus rumah tangga sebenarnya, dulu masa Farrel lahir aku jaga El pantang dan uruskan hal rumah pun penat. Sekarang bila Aldric lahir, aku uruskan Farrel yang cranky gila sebab ada adik plus El tengah berpantang lagilah 10x ganda penat.

“Tapi itulah kita sebagai suami, kalau tak bersedia nak berkorban jangan gatal nak anak orang. Ingat, lelaki dilahirkan untuk berkorban dan berjuang. Jangan asal balik kerja balik melepak, kau goyang kaki goyang telor, tau-tau semua dah terhidang. Tengah malam yang kau tahu nak pakai isteri. Dia separuh nyawa bersilat dari siang sampai ke malam kau tak fikir? Time ni pandai pula cakap isteri walau atas unta sekalipun wajib layan suami.

“Habis tu sediakan keperluan, mengemas, memasak kau ingat dalam Islam tugas isteri? Banyak kau punya lawa ya, tugas isteri ni melayan suami dan anak-anak je sebenarnya bang. Bawa-bawalah kurangkan melepak malam kalau tak mendatangkan faedah. Apa yang kau nak malu sangat member cakap #SalamGari atau bini singa? Bukan member basuh spender kau bang. Bukan member yang tahan lapar bila kau tak ada duit nak beli barang dapur.

“Anak-anak tengok layanan kau pada isteri, dia orang ingat macam mana kau buat pada mak dia orang. Dah tua esok, nangis air mata darah pun dah tak guna kalau anak anak ketepikan kau dan utamakan member-member dia yang tak ada masa depan dan bawa pengaruh yang buruk.

“Belum terlambat untuk kita buat isteri kembali tersenyum macam mula-mula nak kahwin dulu. Tiada istilah terlambat selagi nyawa masih dikandung badan, belum terlambat selagi pernikahan masih halal dan penceraian belum difailkan.

“Bahagia ni bila kau bertolak ansur sebelum nak kahwin lagi, bahagia ni bila saling memahami satu sama lain dan bahagia ni bukan hanya suami yang bersenang-lenang. Ianya bukan sekadar kau cantik, bukan sekadar kau hebat berniaga.

“Kau kongsilah segalanya dengan pasangan terutama dari segi kewangan sebelum korang berdua nak kahwin. Ini sangat penting supaya suami atau isteri faham situasi dan gelora yang sedang melanda keluarga. In shaa Allah segalanya akan dapat diatasi. Kalau bukan kebahagiaan untuk kedua-dua pihak yang kau cari, tanya diri sendiri untuk apa kau nak kahwin kerana sesebuah perkahwinan itu adalah satu perkongsian.

“Kau patut bersyukur kerana dianugerahkan seorang isteri dan ibu yang baik lagi penyayang. Betul kata Nabi, pilihan yang mendapat restu ibu bapa dan Ilahi akan membuahkan keberkatan. Dia seorang yang penyabar dari sebelum nak kahwin. Kesabarannya itu menyebabkan banyak perubahan dalam kehidupan kau bang. Dia mula sanggup berkongsi masa dengan kerja, kawan atau hobi kau tanpa mengeluh.

“Dia sanggup menunggu kepulangan kau walaupun telah larut malam demi kelangsungan periuk nasi keluarga dan mereka-mereka yang bekerja dibawah kau. Dia tak pernah putus memberi semangat dan nasihat kepada kau sebelum nak kahwin hinggalah ke saat ini. Kita sebagai suami banyak terhutang budi dengan isteri,” tulisnya.

BACA JUGA: 7 Cara Suami Boleh Amalkan Untuk Jaga Hati Isteri

Lelaki Yang Gatal Nak Kahwin, Kalau Tak Sedia Berkorban Lupakan Je Hasrat Tu 1

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here