Home All Isu Semasa Gardenia Tampil Beri Penjelasan Sebenar Apabila Dikecam Isu Pengambilan Pekerja Rohingya

Gardenia Tampil Beri Penjelasan Sebenar Apabila Dikecam Isu Pengambilan Pekerja Rohingya

3867
0
Gardenia Tampil Beri Penjelasan Sebenar Apabila Dikecam Isu Pengambilan Pekerja Rohingya

Gardenia Tampil Beri Penjelasan Sebenar Apabila Dikecam Isu Pengambilan Pekerja Rohingya  | Sejak kebelakangan ini, isu berkaitan pekerja asing hangat diperkatakan lagi-lagi dengan kemasukan warga asing yang semakin ramai.

Jenama roti kegemaran ramai iaitu Gardenia dikecam disebabkan isu pengambilan pekerja Rohingya yang kini semakin mendapat tumpuan.

Di dalam salah satu perkongsian di Facebook rasmi Gardenia, syarikat itu menerima aduan yang mendakwa syarikatnya mendiskriminasi warganegara tempatan kerana menerima pekerja etnik Rohingya di kilang mereka. Sehinggakan ianya menerima kecaman ramai dan membawa kepada isu boikot.

Perkara tersebut mengundang kemarahan ramai memandangkan kadar pengangguran semakin tinggi kerana COVID-19 selain mempersoalkan tindakan syarikat itu dalam mengambil pekerja asing.

Syarikat roti itu kemudian tampil menjelaskan keadaan sebenar menerusi perkongsian di Facebook mereka.

Menurut Gardenia, ianya merupakan sebahagian daripada program kerjaya perintis kerajaan Malaysia yang diselaraskan dengan Suruhanjaya Tinggi PBB untuk Pelarian (UNHCR) yang bertujuan untuk merekrut komuniti etnik Rohingya Myanmar yang berlindung di negara ini.

Untuk makluman, Projek Perintis Kebenaran Bekerja tersebut telah lama dilaksanakan sejak tahun 2017 lagi.

Menerusi projek tersebut, golongan pendatang ini ditempatkan di sektor perladangan dan pengilangan untuk memberi kemahiran kepada mereka sebelum ditempatkan di negara ketiga.

gardenia

BACA JUGA: Resepi Roti Tawar Gebu Tanpa Telur & Tak Perlu Guna Mixer Atau Breadmaker, Guna 5 Bahan Je!

Syarikat itu menegaskan keutamaan pekerjaan tetap masih lagi diberikan kepada rakyat tempatan. Ini kerana permintaan produk yang berterusan, oleh itu temuduga masih diteruskan dan mengikut jadual iaitu sebanyak dua kali seminggu.

Walau bagaimanapun, penjelasan daripada Gardenia ini masih tidak memberi kepuasan kepada netizen kerana ia dianggap akan mengalakkan lagi orang luar untuk datang bekerja di sini atas tiket UNHCR.

Isu ini sedikit sebanyak pastinya menjejaskan imej jenama Gardenia ini ditambah pula dengan isu boikot yang dilakukan oleh rakyat Malaysia yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini.

BACA JUGA: Gardenia Malaysia Tingkatkan Pengeluaran Kepada 2.2 Juta Buku Roti Sehari

Gardenia Tampil Beri Penjelasan Sebenar Apabila Dikecam Isu Pengambilan Pekerja Rohingya 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here