Home All Isu Semasa Gardenia Malaysia Tingkatkan Pengeluaran Kepada 2.2 Juta Buku Roti Sehari

Gardenia Malaysia Tingkatkan Pengeluaran Kepada 2.2 Juta Buku Roti Sehari

6444
2
Roti Gardenia Tambah Pengeluaran

Gardenia Malaysia Tingkatkan Pengeluaran Kepada 2.2 Juta Buku Roti Sehari | Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kita sering mendengar keluhan rakyat Malaysia tentang bekalan roti buku yang tidak mencukupi di kedai-kedai. Sehingga terdapat satu video yang tular menunjukkan Roti Gardenia habis terjual sebelum disusun di rak.

Hal ini terjadi kerana ramai daripada rakyat di Malaysia bertindak memborong roti tersebut tanpa meninggalkan kepada orang lain.

Oleh kerana tidak mahu membiarkan rakyat Malaysia terus bersedih kerana tidak dapat makan roti buku di rumah, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd memutuskan untuk meningkatkan pengeluaran roti sebanyak 2.2 juta buku sehari menerusi lima kilang yang beroperasi selama 24 jam.

Menurut Pengurus Besar Kanan, Desmond Tan, pengeluaran itu adalah merupakan penambahan sebanyak 5% daripada jumlah pengeluaran sebelum pelaksanaan PKP.

Dikatakan bekalan roti Gardenia ini dapat menampung sebanyak 60% permintaan di kawasan semenanjung.

gardenia

Desmond Tan berkata, pihak mereka akan sentiasa mengikut piawaian yang telah ditetapkan termasuk aspek kebersihan, penghantaran dan pengurusan roti yang telah tamat tempoh seperti biasa.

Difahamkan sebelum ini, Gardenia Malaysia dikatakan telah mengeluarkan roti tersebut sebanyak 840,000 buku sehari, dan 2.2 juta pengeluaran sehari itu pula adalah kombinasi untuk kesemua jenis roti termasuk roti putih, roti wholemeal, cream rolls, buns dan twiggies.

Tambahan lagi, masyarakat dinasihatkan supaya membuat pembelian secara sederhana, supaya bekalan roti buku tidak terputus. 2.2 Juta roti adalah satu jumlah yang sangat besar, jika ada yang memborong roti dengan kuantiti yang banyak satu pembaziran akan berlaku, kerana roti buku tidak dapat bertahan dalam waktu yang lama.

Harap-harap dapatlah kita semua merasa roti sepanjang PKP ni.

Sumber

Baca Selanjutnya

Gardenia Malaysia Tingkatkan Pengeluaran Kepada 2.2 Juta Buku Roti Sehari 1

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here