Home All Isu Semasa Gara-Gara Warga Kota Pulang Ke Kampung, Penduduk Kampung Di Indonesia Jadi Mangsa...

Gara-Gara Warga Kota Pulang Ke Kampung, Penduduk Kampung Di Indonesia Jadi Mangsa COVID-19

5402
1
Gara-Gara Pulang Dari Jakarta, Penduduk Kampung Di Indonesia Jadi Mangsa COVID-19

Sejak pada 1 Mei lalu, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan orang ramai tidak dibenarkan untuk pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya.

Meskipun pengumuman yang dibuat mungkin mengecewakan segelintir pihak, usaha baik ini terpaksa dijalankan dalam usaha untuk mengelakkan penyebaran wabak COVID-19.

Inisiatif yang dibuat ini nampaknya turut diumumkan oleh pihak pemerintah Indonesia dalam menghalang warga Indonesia pulang ke kampung halaman.

BACA: Ibu Bapa Dibenarkan Pulang Ke Kampung Mengambil Anak Dan Bermalam Hanya Jika Perlu

Namun, lain ceritanya dengan segelintir warga Indonesia yang sudah pulang ke kampung sebelum pihak kerajaan Indonesia mengeluarkan larangan.

pulang ke kampung
SUMBER: MEDIA INDONESIA
Merekodkan sebanyak 7% warga kota yang sudah pulang ke kampung sejak sebelum pengumuman dibuat, kepulangan mereka ini nampaknya telah membawa maut kepada warga kampung khususnya mereka yang berwarga emas.

Berdasarkan laporan, terdapat kes dimana seorang lelaki yang pulang dari Jakarta secara tidak sedar telah membuatkan datuknya yang berusia 72 tahun dijangkiti wabak COVID-19 seterusnya meninggal dunia.

Kes yang hampir sama turut direkodkan di Jawa Tengah apabila terdapat individu yang tidak mempunyai sebarang rekod keluar daerah turut dijangkati wabak COVID-19 selepas ahli keluarganya pulang dari beberapa daerah termasuk Jakarta.

Gara-Gara Warga Kota Pulang Ke Kampung, Penduduk Kampung Di Indonesia Jadi Mangsa COVID-19 1

Dalam usaha untuk menghalang lebih ramai individu keluar dari Jakarta untuk pulang ke kampung, pihak berkuasa telah mengenakan denda sebanyak Rp100 juta  (~RM29,048) dan penjara sehingga setahun buat individu yang mengingkarinya. Setakat ini, warga Indonesia yang bersembunyi di sebalik bekas barangan dalam lori serta ruangan bagasi bas antara yang dikesan.

Berdasarkan rekod semasa, Indonesia telah merekodkan lebih 14,000 kes COVID-19 dengan jumlah kematian mencecah 1,000 orang.

Diharap warga Malaysia dapat mengikut saranan kerajaaan dalam usaha untuk memutuskan rantaian COVID-19 dengan tidak pulang ke kampung serta merentas negeri secara sewenang-wenangnya.

BACA: Lelaki Ini Kongsi Perbelanjaan Sebenar Balik Kampung Naik Public Transport

Gara-Gara Warga Kota Pulang Ke Kampung, Penduduk Kampung Di Indonesia Jadi Mangsa COVID-19 2

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here