Home All Isu Semasa Gara-Gara Satu Artikel! Ramai Cikgu “Naik Angin”, Penat Asyik Dipersalahkan!

Gara-Gara Satu Artikel! Ramai Cikgu “Naik Angin”, Penat Asyik Dipersalahkan!

4841
0
Gara-Gara Satu Artikel! Ramai Cikgu “Naik Angin”, Penat Asyik Dipersalahkan!

Gara-Gara Satu Artikel! Ramai Cikgu “Naik Angin”, Penat Asyik Dipersalahkan! | Semalam viral nama Izyan Qistina Qusairi di kalangan guru-guru. Ini berikutan tular satu keratan akhbar yang memaparkan tajuk berjudul “Di Mana Guru Selepas Waktu Sekolah?” yang ditulis oleh individu ini dan disiarkan di akhbar arus perdana.

Mungkin penat kerana “kesalahan” sering diletakkan ke bahu para pendidik, ternyata hantaran artikel itu telah mengundang pelbagai jawapan dari para guru yang agak sinis dan sarkastik bagi menjawap di mana mereka selepas waktu sekolah.

Jujurnya, semua orang mempunyai pekerjaan dalam ruang likup tersendiri. Bolehkah selepas waktu sekolah, guru-guru tetap ditanya apa peranan mereka sedangkan “saat” itu pelajar sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa kerana di luar waktu sekolah?

Dan penulis memahami kenapa ramai guru angin satu badan bila dipersoalkan begitu kerana jika di dalam kawasan sekolah, ya pelajar adalah tanggungjawab guru dan pentadbir sekolah. Dan bila di luar pelajar harus menjaga SOP mereka sendiri kerana ia adalah tanggungjawab mereka juga.

Nah, korang bacalah jawapan dan pandangan guru mengenai pertanyaan ini. Kami kongsikan luahan dan juga perkongsian seorang guru xxxan Maxxxxx mengenai artikel tersebut.

BACA JUGA :: Tak Perlu Kecoh, Cikgu Bagi Cadangan Untuk Ibu-Ibu Yang Terbeban Dengan Kerja Sekolah Anak!

cikgu

Cikgu Siap jemput penulis datang ke sekolah!

Izyan Qistina Qusairi jemput datang sekolah sebelum menulis.

Bukan nak mengungkit tapi nak beri penerangan kepada golongan ini. Jangan cepat buat konklusi dan terus menulis. Anda bukan sahabat maya saya tapi ada yang berfikiran seperti anda di sini. Hanya melihat beberapa buah sekolah terus menuduh semua guru sama.

Semenjak sekolah dibuka tugas kami bertambah. Kami perlu datang awal untuk menjaga murid sehingga masuk ke dalam kelas. Waktu rehat kami menjaga murid makan di dalam kelas. Sebelum pulang perlu bersihkan kelas. Selepas loceng akhir, guru bertugas menunggu di pondok bersama murid sehingga semua murid balik. Setelah itu baru guru pulang ke rumah. Saya sendiri pernah datang jam 12 dan pulang 7.20 malam.

Kami tak berkira dengan murid yang kami anggap sebagai anak sendiri. Tapi di mana pula tanggung jawab ibubapa? Mengapa ada yang tergamak mengambil anak lewat? Kadang-kadang siap buat muka padahal dia yang lambat ambil anak. Kalau ada pasar malam boleh singgah dulu sebelum ambil anak.

Sayang anak nasihatkan dia. Patuhi SOP kerana kita belum menang. Murid itu anak cikgu atau anak anda. Kalau semua nak harap cikgu, tukar je bin/binti dalam sijil lahir. Kalau tak tahu nak pilih cikgu mana letak je nama sekolah. Contohnya Kiah binti Sekolah. Selesai!

Baca juga pandangan guru lain mengenai isu sama! Sinis habis.

Gara-Gara Satu Artikel! Ramai Cikgu “Naik Angin”, Penat Asyik Dipersalahkan! 1 Gara-Gara Satu Artikel! Ramai Cikgu “Naik Angin”, Penat Asyik Dipersalahkan! 2

BACA JUGA :: Anak Lemah Subjek Matematik, Ibu Ayah Tolong Buat Apa Cikgu Ni Tunjukkan

Gara-Gara Satu Artikel! Ramai Cikgu “Naik Angin”, Penat Asyik Dipersalahkan! 3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here