Home All Isu Semasa Gara-Gara Coronavirus, Harga Durian Di Malaysia Jatuh. Betul Ke?

Gara-Gara Coronavirus, Harga Durian Di Malaysia Jatuh. Betul Ke?

3978
3
harga durian

Gara-Gara Coronavirus, Harga Durian Di Malaysia Jatuh. Betul Ke?  | Harga buah-buahan di Malaysia mungkin jatuh sehingga 50 peratus dalam tempoh dua minggu disebabkan oleh wabak coronavirus yang telah merebak ke seluruh dunia, lapor Channel NewsAsia.

Pemilik ladang durian di Raub, Pahang, Lim Chin Khee berkata durian Musang King – salah satu durian yang popular di Malaysia – telah dijual dengan harga RM30 berbanding harga asal RM60.

Malaysia mula mengeksport durian segar ke China dari Jun tahun lepas, dengan meramalkan bahawa industri ini akan menjana hampir RM500 juta kepada jumlah nilai eksport negara.

“Bagaimana jika keadaan virus menjadi lebih teruk? Kami akan mempunyai banyak durian yang tidak diingini,” kata Lim.

harga durian

“Durian adalah makanan mewah, dan paling dinikmati di masa yang lebih bahagia. Mungkin sekarang bukan masa terbaik untuk makan durian bersama dalam keluarga.”

Harga Durian Turun 50 Peratus!

Bagi Andy Tan, pemilik ladang durian di Segamat, Johor yang mengeksport buah-buahan beku ke Beijing, Shanghai, Guangzhou dan Qingdao, berkata harga durian telah menurun sekurang-kurangnya 50 peratus.

“Harga telah menurun hampir dua kali ganda dalam tempoh dua minggu yang lalu kerana banyak bandar-bandar di China telah ditutup.” katanya

Pada bulan Mei tahun lepas, China secara rasmi menjadi pengimport durian beku dari Malaysia. Eksport durian Malaysia ke China dijangka mencapai 1,000 metrik tan setiap bulan, kata Menteri Pertanian dan Asas Tani Salahuddin Ayub.

Walau bagaimanapun, coronavirus kini telah menjejaskan industri durian. Wabak ini telah menelan nyawa lebih daripada 1000 orang dan menjangkiti lebih daripada 30,000 orang di China.

Gara-Gara Coronavirus, Harga Durian Di Malaysia Jatuh. Betul Ke? 1

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here