Home All Isu Semasa Tak Mampu Bayar Ganti Rugi Selepas Langgar Kereta Orang, Wanita Ini Dibayar...

Tak Mampu Bayar Ganti Rugi Selepas Langgar Kereta Orang, Wanita Ini Dibayar Dengan Coklat

2726
1
Tak Mampu Bayar Ganti Rugi Selepas Langgar Kereta Orang, Wanita Ini Dibayar Dengan Coklat

Tak Mampu Bayar Ganti Rugi Selepas Langgar Kereta Orang, Wanita Ini Dibayar Dengan Coklat | Perasaan kecewa apabila menemui kereta yang kita tinggalkan di tempat letak kereta telah dilanggar oleh kenderaan lain memang tidak boleh digambarkan.

Lebih menyakitkan hati adalah apabila orang yang langgar kereta kita itu langsung tidak bertanggungjawab.

Melanggar kereta orang tanpa sengaja bukanlah satu jenayah kerana sesiapa pun boleh terlibat dalam kemalangan itu.

langgar kereta orang

BACA JUGA : Kereta Tempatan Mudah Remuk, Ramai Tak Tahu Puncanya Terus Kondem Sebagai “Tin Milo” !

Namun apa yang menjadikannya satu jenayah adalah apabila pemandu melarikan diri selepas langgar kereta orang lain tanpa bertanggungjawab.

Langgar Kereta Orang Dan Tak Mampu Bayar Ganti Rugi

Namun lain yang dapat dilihat dalam sebuah perkongsian video ini di mana kereta seorang wanita telah dilanggar ketika dia membeli barang di pasaraya. Si pelaku yang langgar kereta orang ni sudah tidak kelihatan lagi.

Sebaik keluar dari pasaraya, wanita tersebut menemui sekeping nota bersama dua coklat Hershey’s diletakkan di cermin hadapan keretanya.

Nota itu bertulis, “Maaf atas kerosakkan pada kereta kau, aku tidak mampu untuk membayar ganti rugi tapi ambillah coklat ni.…”

Menyangka bahawa kerosakkan pada keretanya tidak begitu serius kerana dibayar dengan coklat, wanita itu terkejut melihat keadaan keretanya yang kemek teruk di bahagian sisi.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen turut dapat merasakan apa yang dirasai wanita itu disamping terhibur dengan tindakan individu yang melanggar kereta tersebut kerana langsung tidak membantu.

“Sekurang-kurangnya dia cakap sorry…”

“Patut tinggalkan maggi dengan kertas pasir…”

“Aku akan menangis sambil makan coklat tu…”

Jika perkara yang sebegini berlaku kepada korang, memang menangis sambil makan coklat lah kan. Mungkin si pelaku berniat untuk melarikan diri tapi dalam masa yang sama kesian pada pemilik kereta jadi itu jerklah yang termampu dia buat.

BACA JUGA :Motosikal Berhenti Mengejut Di Lane Tengah, Tindakan Pemilik Kereta Ni Walau Kecil Tapi Bermakna!

Tak Mampu Bayar Ganti Rugi Selepas Langgar Kereta Orang, Wanita Ini Dibayar Dengan Coklat 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here