Home All Isu Semasa 20 Tahun Lamanya, Gajah Di Kem Pelancongan Thailand Bakal Dilepaskan Ke Habitat...

20 Tahun Lamanya, Gajah Di Kem Pelancongan Thailand Bakal Dilepaskan Ke Habitat Asal

1688
0

20 Tahun Lamanya, Gajah Di Kem Pelancongan Thailand Bakal Dilepaskan Ke Habitat Asal | Gajah yang didakwa kelaparan di sebuah pusat perlindungan di Thailand akan dilepaskan kerana para penjaganya dikatakan tidak mampu untuk memberinya makan lagi.

Wabak pandemik Covid-19 telah menyebabkan kebanyakan pusat perlindungan ini kehabisan dana akibat daripada sekatan perjalanan yang turut memberi impak kepada industri pelancongan di seluruh dunia.

Menurut The Sun, lebih 4,000 gajah dianggarkan berisiko menghadapi situasi kelaparan kerana kekurangan dana di pusat perlindungan yang terpaksa ditutup.

pelancongan

Penutupan tersebut pastinya akan memberi impak yang besar kepada ekonomi sesetengah negara di rantau Asia Tenggara yang menjadikan gajah-gajah ini sebagai daya tarikan utama industri pelancongan negara mereka.

Walau bagaimanapun, lebih dari 100 ekor gajah dilaporkan telah diiringi berjalan sejauh 95 batu untuk pulang ke habitat asalnya. Sementara itu, badan kebajikan dilaporkan sibuk memikirkan cara untuk mendapatkan dana bagi menampung baki gajah yang masih tinggal di pusat perlindungan itu.

The Save Elephant Foundation sedang sibuk berusaha untuk membantu menyiapkan haiwan-haiwan berkenaan sebelum melepaskan mereka ke habitat asalnya.

Gajah tersebut kini sedang menuju ke Barat Mae Chaem daripada Chiang Mai di Thailand.

pelancongan

Sadudee Serichevee daripada Chiang Mai memiliki empat ekor gajah, dan menurutnya dia sedang mengusahakan sebuah taman rekreasi gajah bersama dengan gajah yang dibelinya daripada kampung isterinya yang terletak di Mae Chaem.

Rancangannya itu telah tergendala susulan daripada penularan wabak Covid-19.

Katanya: “Pada mulanya saya fikir keadaan akan kembali normal dalam masa satu atau dua bulan sahaja. Namun pada penghujung April, saya telah patah semangat.”

“Gajah-gajah itu tampak sangat gembira selepas tiba di sini, mereka buat bunyi bising, mereka berlari-lari dan bermain-main bersama anak-anak kami,” ujarnya.

Pasangan itu kemudiannya memutuskan untuk membawa kembali gajah itu pulang ke kampung isterinya selepas mereka menyedari bahawa mereka tidak mampu untuk menampung perbelanjaan yang diperlukan oleh gajah-gajah tersebut.

Gajah makan lebih daripada 600 paun rumput dan sayur-sayuran dalam sehari.

Sadudee dan isterinya juga turut dilaporkan telah meyakinkan pemilik lain untuk menghantar gajah mereka sekali bersamanya.

Rombongan itu telah bertolak pada 30 April dan akan tiba di kampung Ban Huay Bong di Mae Chaem pada hari Isnin.

pelancongan

Pada bulan lalu, pengasas Save The Elephant Foundation memaklumkan kepada Sky News bahawa sekitar 1,000 ekor gajah peliharaan di negara itu mungkin berisiko untuk mati kelaparan kerana krisis Covid-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.

“Sekiranya tiada bantuan pada masa akan datang, gajah-gajah ini yang sebahagiannya sedang bunting, akan mati kelaparan atau mungkin akan dibawa ke jalanan bagi mengemis daripada orang ramai.

BACA: Puluhan Gajah Tunggangan Pelancong Dilaporkan ‘Dibebaskan’ Berikutan Kesan Covid-19

“Setengah daripadanya akan dijual kepada zoo, atau akan dikembalikan kepada perniagaan pembalakan yang kini dilarang.

“Tindakan sebegitu terpaksa dilakukan sekiranya tiada bantuan kewangan diterima dalam masa terdekat,” ujar Lek Chailert, pengasas Save The Elephant Foundation.

Terdahulu, aktiviti pelancongan menunggang gajah yang merupakan tarikan utama industri pelancongan Thailand telah menimbulkan kontroversi di peringkat antarabangsa selepas aktivis mendakwa bahawa aktiviti itu kejam dan memudaratkan haiwan tersebut.

Sumber: The Sun

Baca Selanjutnya

20 Tahun Lamanya, Gajah Di Kem Pelancongan Thailand Bakal Dilepaskan Ke Habitat Asal 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here