Home All Isu Semasa Jika Kerajaan Gagal Kawal Pencetakan Wang Ringgit, Ini Kesan Yang Perlu Anda...

Jika Kerajaan Gagal Kawal Pencetakan Wang Ringgit, Ini Kesan Yang Perlu Anda Tahu!

3866
0
wang ringgit

Ini Kesan Jika Kerajaan Gagal Kawal Pencetakan Wang Ringgit Yang Perlu Anda Tahu | Pastinya ramai yang tersenyum gembira dengan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terutama sekali Bantuan Prihatin Nasional akan disalurkan kepada anda.

Malah, ucapan beliau turut mencipta fenomena sehingga nama Mak Cik Kiah trending di Twitter.

Sedia maklum, negara kita memiliki hutang dan pasti antara anda pernah terlintas di fikiran kenapa kerajaan tidak mengarahkan Bank Negara untuk menghasilkan duit lebih banyak dan boleh berikan duit kepada rakyat serta membayar hutang negara, bukan?

wang ringgit

Mengapa Malaysia Mengawal Pencetakan Wang Ringgit

Oleh itu, seorang pengguna Twitter @muhdnaimmustafa telah berkongsi pandangan beliau tentang persoalan tersebut. Baca perkongsian beliau di bawah ini.

Menurutnya, jika banyak wang ringgit dicetak, ia akan mengakibatkan kenaikan harga yang melampau. Mana tidaknya, kuasa membeli rakyat meningkat tetapi pengeluaran barangan masih sama dan tiada peningkatan.

Ini akan mengakibatkan para pembekal menaikkan harga barang untuk mengawal kuasa membeli rakyat. Para pembekal atau pengeluar terpaksa mengeluarkan lebih tenaga dan modal untuk memenuhi keperluan dan permintaan orang ramai.

Tambahnya, ambil contoh terdekat Indonesia dimana harga duit mereka iaitu Rupiah nampak nilainya besar tetapi sebenarnya kurang bernilai. Ini mungkin disebabkan harga barang meningkat seiring dengan wang ringgit yang dicetak.

Disebabkan itu, kerajaan Malaysia tidak mencetak wang ringgit dengan banyak untuk membayar hutang negara atau memberi rakyat untuk memastikan tiada peningkatan harga barang.

Akhir kata, sebenarnya kerajaan tidak ingin rakyat Malaysia untuk ‘panic buying’ adalah untuk memastikan keperluan dapat tersedia dan harga barang tidak akan naik.

Diharap harga roti Gardenia tidak akan dinaikkan kerana permintaan yang tinggi oleh rakyat Malaysia sehingga sering sold out. Apakah pandangan anda tentang perkara ini?

Jika Kerajaan Gagal Kawal Pencetakan Wang Ringgit, Ini Kesan Yang Perlu Anda Tahu! 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here