Home All Isu Semasa Frontliner Malaysia Dedikasi Semangat Disut PPE Buat Frontliner Indonesia

Frontliner Malaysia Dedikasi Semangat Disut PPE Buat Frontliner Indonesia

1038
0
‘Frontliner’ Malaysia dedikasi semangat disut PPE buat ‘frontliner’ Indonesia

Frontliner Malaysia Dedikasi Semangat Disut PPE Buat Frontliner Indonesia | Beberapa hari lalu, berlegar-legar di media sosial beberapa kepingan foto yang memaparkan para petugas barisan hadapan Indonesia yang dilihat kesal dengan sikap rakyat yang mudah penularan pendemik COVID-19  di negara itu.

Disebabkan sikap memandang rendah dengan musibah yang berlaku, setakat ini negara itu telah mencatatkan lebih 1000 kematian dan puluhan ribu pula sudah dijangkiti COVID-19.

Sokongan Frontliner Malaysia Buat Frontliner Indonesia!

Perkara yang menimpa para tugas kesihatan di Indonesia ini sekaligus telah mendapat perhatian dan turut dirasai oleh sekumpulan barisan hadapan di Malaysia ini.

BACA: #Indonesia? Terserah! Luahan Kecewa Petugas Barisan Hadapan Kepada Rakyat Yang Tak Patuh

Petugas kesihatan di Klinik Kesihatan Tawau Kubota, Sabah telah sematkan sokongan dan semangat mereka buat frontliner di Indonesia agar tidak berputus asa untuk menangani musibah yang melanda dunia ketika ini.

Frontliner Malaysia

Jangan putus asa, #Indonesiabisa!

Lebih menarik lagi, tanda sokongan mereka telah ditulis dan disematkan pada sut PPE yang tersarung pada tubuh badan petugas kesihatan di Tawau, Sabah ini.

Sudah tentunya, semangat dan tanda sokongan yang telah diberikan buat petugas kesihatan Indonesia mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Frontliner Malaysia

Di ruangan komen juga, rakyat Malaysia turut dedikasikan semangat buat seluruh warga Indonesia untuk tetap kuat melawan virus yang mengancam dunia ketika ini.

Walaupun berada di negara yang berbeza, semangat juang yang ditonjolkan frontliner Malaysia ini seharusnya dicontohi untuk membangkitkan semangat yang kian pudar.

Sumber: Facebook.

Frontliner Malaysia Dedikasi Semangat Disut PPE Buat Frontliner Indonesia 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here