Home All Isu Semasa Frontliner Dedah Kluster Terbaru Kini Lebih ‘Demand’, Tidak Sama Seperti Geng Tabligh...

Frontliner Dedah Kluster Terbaru Kini Lebih ‘Demand’, Tidak Sama Seperti Geng Tabligh Sebelum Ini

14900
1
Frontliner Dedah Kluster Terbaru Kini Lebih ‘Demand’, Tidak Sama Seperti Geng Tabligh Sebelum Ini

Frontliner Dedah Kluster Terbaru Kini Lebih ‘Demand’, Tidak Sama Seperti Geng Tabligh Sebelum Ini Petugas kesihatan antara mereka yang berada di barisan hadapan sekali bagi membantu membanteras penularan wabak COVID-19.

Khidmat ‘frontliner’ seperti mereka ini sangat besar kerana terpaksa mendedahkan diri mereka dengan risiko mendapat jangkitan wabak ini setiap hari semasa bertugas.

Para petugas perubatan juga terpaksa melayan pelbagai kerenah pesakit yang berbeza-beza setiap hari. Melalui perkongsian di Facebook, Mohd Afiq berkongsikan pengalamannya menjaga pesakit dari kluster terbaru yang sangat berbeza dengan geng tabligh sebelum ini. Perkongsiannya ini telah mendapat perhatian ramai tidak sampai sehari dimuatnaik.

Rindu pada kluster geng tabligh

Frontliner Dedah Kluster Terbaru Kini Lebih ‘Demand’, Tidak Sama Seperti Geng Tabligh Sebelum Ini

Dulu setiap hari satu bas turun daripada tabligh dan madrasah. Diorang ni semua sangat mudah memberikan kerjasama. Seronok terasa merawat diorang ni walaupun berpeluh-peluh dek PPE. Rasa macam rawat kawan-kawan kita yang sangat mesra dengan kita.

Sentiasa dengar azan berkumandang dalam wad. Bacaan al-quran hampir setiap masa. Wad kusta lama yang penuh dengan cerita hantu pun rasanya hantu-hantu lari bertempiaran kerana pendinding semula jadi dek kerana akhlak dan zikir mereka. Hampir keseluruhannya sangat merendah diri, sentiasa memberi kerjasama yang terbaik. Tak pernah merungut.

Itulah Kluster TABLIGH. Walaupun mungkin saya tak berapa setuju mereka di cop sebagai kluster tabligh dek kerana satu dua peserta yang pentingkan diri sendiri menyebabkan yang lain menjadi mangsa tapi disebabkan zikir yang di sebut semua maka nak buat macam mana.

Kluster baru lebih ‘demand’

Menurutnya, kluster terbaru yang diterima kini sangat berbeza dengan kluster sebelum ini. Kebanyakannya lebih banyak memilih dan lebih banyak mengadu tentang banyak perkara kerana tidak selesa dan sebagainya. Kluster yang terbaru ini adalah mereka yang baru pulang dari luar negara, ada juga yang baru pulang dari melancong.

Frontliner Dedah Kluster Terbaru Kini Lebih ‘Demand’, Tidak Sama Seperti Geng Tabligh Sebelum Ini

Kini datang satu kluster baru. Diorang panggil kluster TURKEY/OVERSEA. Saya panggil kluster JENGKEL. Bas kini datang daripada KLIA dan hotel-hotel. Diorang ni acah-acah jadi mangsa penyakit covid. Padahal masa diorang pergi melancong, diorang tanpa segan silu papar gambar diorang melancong malah ada yang siap perli kata corona tiada kat tempat sejuk dan sebagainya. Kadang-kadang terasa macam kita ni lebih kepada merawat sifat pentingkan diri mereka daripada merawat covid itu.

Dan mintak maaf cakap. Kluster ni lebih banyak demand. Bila nak hantar ke wad macam wad kusta ataupun institut latihan, diorang ni demand tak nak pergi sebab panas la, tidak selesa dan macam-macam lagi. Tu tak termasuk yang dok persoal kenapa nak amik darah la, kenapa tak amik swab awal la dan bila kita masuk untuk periksa diorang masing-masing sibuk dengan gajet. Kita ni macam endah tak endah je.

Bukan semua yang macam tu especially yang berada di luar negara atas urusan yang tak dapat dielakkan seperti belajar. Tetapi so far yang dapat sebab pergi melancong ni memang sangat menjengkelkan.

“Saya faham. Mereka ni kebanyakan orang berada, ada kabel besar dan tak puas hati sedikit terus bawak ke atasan, di kuarantin pun di hotel-hotel.

Frontliner Dedah Kluster Terbaru Kini Lebih ‘Demand’, Tidak Sama Seperti Geng Tabligh Sebelum Ini

Nak buat macam mana, kena hadap jugak la untuk berapa bulan pulak yang mendatang. Kita ni pekerja kesihatan berapa ramai yang dah tak dapat jumpa mak ayah sebab kerja kita berisiko. Diorang ni pulak datang dan tambah masa kita berjauhan. Selamatlah bekerja semua.

Rindu geng tabligh.

Perkongsiannya ini telah mendapat lebih 22 ribu perkongsian tidak sampai 24 jam ianya dimuatnaik. Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut bersetuju dengan apa yang telah dikongsikan ini. Mereka yang baru sahaja pulang dari luar negara kini sedang melalui kuarantin selama 14 hari seperti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sumber

Baca Selanjutnya

Frontliner Dedah Kluster Terbaru Kini Lebih ‘Demand’, Tidak Sama Seperti Geng Tabligh Sebelum Ini 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here