Home All Isu Semasa Fathia Latiff Semakin Tenang Dengan Kehidupan, Kerap Pergi Usrah Buat Peminat Sejuk...

Fathia Latiff Semakin Tenang Dengan Kehidupan, Kerap Pergi Usrah Buat Peminat Sejuk Hati.

1894
0
Fathia Latiff Semakin Tenang Dengan Kehidupan, Kerap Pergi Usrah Buat Peminat Sejuk Hati.

Fathia Latiff Semakin Tenang Dengan Kehidupan, Kerap Pergi Usrah Buat Peminat Sejuk Hati. | Kehidupan sebagai manusia tidak dapat lari daripada diuji dan membuat salah. Disebabkan itu lah Allah jadikan dosa dan pahala, syurga dan neraka.

Berbuat salah adalah perkara biasa. Namun yang luar biasanya adalah berbuat salah tetapi enggan bertaubat.

Sebagai penganut agama Islam yang baik, kita ditekankan untuk kembali ke pangkal jalan setelah melalui episod kegelapan. Berhijrah antara jalan terbaik untuk seseorang individu untuk mengenal diri sendiri dan Pencipta terutamanya.

Selebriti dan juga pelakon terkenal Fathia Latiff sering menjadi perhatian peminat gara-gara terdahulu pernah bertudung namun kembali kepada perangai lama. Alasan yang diberikan adalah masih tidak bersedia untuk menutup aurat.

Fathia Latiff

5 TAHUN FATHIA LATIFF ALAMI TEMPOH SUKAR UNTUK LUPAKAN BEKAS KEKASIH

Sebelum ini, pernah dilaporkan bahawa Fathia pernah mengalami tempoh sukar dalam hidupnya. Dia mengambil masa hampir lima tahun semata-mata untuk melupakan bekas kekasih. Itu lah yang memberi impak kepada pelakon berkenaan untuk terus bangkit.

Dalam perkembangan semasa aktres cantik berkenaan, dia yang mula kembali berhijrah dilihat semakin aktif mengikuti program bersifat positif seperti ceramah ilmuan bersama dengan rakan-rakan.Fathia Latiff Semakin Tenang Dengan Kehidupan, Kerap Pergi Usrah Buat Peminat Sejuk Hati. 1

KAGUM DENGAN FATHIA, NAMPAK BERSEMANGAT SIAP CATIT NOTA

Dan terbaru, Fathia telah pun hadir ke ceramah agama yang disampaikan oleh pendakwah bebas, iaitu Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid di salah sebuah masjid sekitar Selangor bersempena sambutan Maal Hijrah 1442 semalam.

Kelihatan sangat berbeza, Fathia tampil berjubah dan memakai niqab menunjukkan yang dia benar-benar ingin mencari ilmu agama sebagai bekalan diri. Tak kurang hebatnya apabila dia mencatit isi-isi penting ketika mendengar ceramah.

RAKAN-RAKAN SEKELILING ANTARA YANG MENJADI PENDORONG FATHIA LATIFF

Tidak dinafikan bahawa orang sekeliling antara faktor utama dia tampil berbeza. Pelakon drama Ariana Rose tersebut sempat meluahkan yang dia sangat bersyukur kerana dikelilingi sahabat yang turut ingin kembali ke pangkal jalan.Fathia LatiffMelihat kepada reaksi peminat pula, rata-rata memberikan kata-kata positif buat pelakon berusia 33 tahun tersebut. Mereka sempat berpesan agar dia tidak kembali ke perangai lama dan jangan mengulangi membuka tudung.

Setiap dari kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan dalam diri. Yang penting ada semangat untuk berubah dan belajar ilmu agama. Semoga Fathia istiqomah dalam pencarian ketenangan yang diimpikan selama ini.

BACA JUGA:‘Tiada Keberkatan’ – Zul Yahya Ajak Kru Belakang Tabir, Rakan Artis Tinggalkan Industri Seni

Fathia Latiff Semakin Tenang Dengan Kehidupan, Kerap Pergi Usrah Buat Peminat Sejuk Hati. 2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here