Home All Isu Semasa ‘Saya Bukan Pakar, Tapi…’ Faizal Tahir Luah Gusar Keputusan PKPB Kerajaan

‘Saya Bukan Pakar, Tapi…’ Faizal Tahir Luah Gusar Keputusan PKPB Kerajaan

4494
1
‘Saya Bukan Pakar, Tapi…’ Faizal Tahir Luah Gusar Keputusan PKPB Kerajaan

‘Saya Bukan Pakar, Tapi…’ Faizal Tahir Luah Gusar Keputusan PKPB Kerajaan | Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei.

Faizal Tahir bagaimanapun meluahkan kegusarannya berhubung pengumuman tersebut atas beberapa faktor.

Masih tak ada vaksin, ubat

Faizal Tahir

Menurut penyanyi Mr Ragaman ini, sebelum ini dia seorang berpandangan positif ke hadapan, namun bagi berita yang diumumkan Perdana Menteri berkenaan, dia bagaimanapun lebih pesimis dan kurang pasti dengan keputusan itu.

Tambahnya lagi, setakat ini masih tiada penawar bagi wabak berkenaan. Langsung tiada vaksin ataupun ubat untuk merawat wabak yang memberi kesan seluruh dunia itu.

BACA: PM umum PKPB, Ini Apa Yang Boleh & Tak Boleh Dilakukan Mulai 4 Mei Ni

Faizal juga turut mengutarakan sekurangnya negara mencatatkan sifar kematian dalam seminggu atau kes menurun kepada 60%, barulah pengumuman sebegitu mungkin boleh dibuat.

Musuh tak nampak di mata

Faizal Tahir

Faizal juga menerangkan, apa yang sedang diperangi ketika ini adalah musuh yang tidak dapat dilihat atau dirasa kehadirannya. Sesuatu ancaman disifatkan sebagai halimunan yang boleh membawa maut. Ujarnya, mengakui diri bukan pakar dalam bidang ini, namun pada pandangannya keputusan perlu dipertimbangkan dari segi logik akal.

Belajar dari sejarah

Faizal Tahir

Faizal turut berkongsi infografik pandemik selsema melanda Sepanyol pada 1918. Wabak itu melarat selama 2 tahun dengan 3 fasa. Majoriti kematian berlaku pada fasa kedua kerana rakyat terlalu cepat meraikan kebebasan dari kuarantin dan penjarakan sosial sehingga meragut lebih puluhan juta nyawa.

Faizal Tahir Disokong rakan artis, netizen

Faizal Tahir Faizal Tahir

Sumber: Faizal Tahir

Baca Selanjutnya

‘Saya Bukan Pakar, Tapi…’ Faizal Tahir Luah Gusar Keputusan PKPB Kerajaan 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here