Home All Isu Semasa Facebook Sekat Ribuan Iklan Sifu Kewangan Cuba Ambil Kesempatan Krisis COVID-19

Facebook Sekat Ribuan Iklan Sifu Kewangan Cuba Ambil Kesempatan Krisis COVID-19

1294
0
Facebook Sekat Ribuan Iklan Sifu Kewangan Cuba Ambil Kesempatan Krisis COVID-19

Laman sosial Facebook dilaporkan telah menyekat ribuan iklan yang dibuat oleh ‘sifu kewangan atas talian’ disyaki cuba mengambil kesempatan berikutan krisis ekonomi yang disebabkan oleh penularan wabak COVID-19.

Menurut portal News Asia Today, sebilangan besar akaun yang telah disekat itu mempromosikan maklumat-maklumat yang tidak tepat dan memberikan jaminan berlebihan, dengan modus operandi mereka memperkenalkan ‘skim cepat kaya‘ atau ‘kursus meledakkan bisnes‘, dengan yuran dikenakan mencecah angka ribuan dolar.

Malah, terdapat segelintir sifu kewangan turut memperdaya para peserta untuk mempromosikan kursus-kursus mereka dengan mewujudkan beberapa laman web dan akaun pengiklanan bagi melepasi sekatan pengiklanan yang dikenakan Facebook.

BACA: Antara 10 Poster Iklan Klasik Yang Membawa Anda Mengimbau Kenangan Lalu

Sila Laporkan Iklan Yang Menawarkan Program Atas Talian Yang Tidak Munasabah

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan sentiasa berwaspada dengan promosi yang disiarkan di laman sosial sebelum mengambil keputusan untuk menyertai mana-mana program atas talian yang ditawarkan.

iklan

Jika anda terjumpa dengan segala jenis promosi sebegini di Facebook, sila laporkannya kepada pihak Facebook supaya dapat diambil tindakan.

Syarikat teknologi seperti Facebook dan Google telah melaburkan sejumlah usaha dalam meningkatkan keselamatan pengguna di kesemua platform mereka, dengan mengaplikasikan kecerdasan buatan untuk mengenal pasti kandungan berniat jahat sebelum ianya tular kepada lebih ramai orang.

BACA: 8 Persediaan Menghadapi Krisis Kemelesetan Ekonomi Disebabkan Wabak Covid-19

Facebook Sekat Ribuan Iklan Sifu Kewangan Cuba Ambil Kesempatan Krisis COVID-19 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here