Home All Isu Semasa AJK Pangsapuri Ini Anjur ‘Event’ Tangkap Kucing Terbiar, Netizen Berang Sebab Siap...

AJK Pangsapuri Ini Anjur ‘Event’ Tangkap Kucing Terbiar, Netizen Berang Sebab Siap Nak Bagi Saguhati!

1964
2
kucing terbiar

Pasti ramai yang seringkali melihat lambakan kucing terbiar atau kucing jalanan di mana-mana tempat seperti di gerai makanan, kawasan perumahan dan tempat-tempat lain. Kucing jalanan ini sememangnya berbeza dengan kucing yang mempunyai tuan kerana keadaan ia lebih tidak terurus dan seringkali dianggap jijik oleh sesetengah individu.

Baru-baru ini tular di media sosial Facebook satu poster yang memperlihatan ‘usaha’ penduduk di sebuah penempatan apabila mereka dikatakan mahu menangkap semua kucing terbiar di kawasan itu. Berang dengan perkara tersebut, seorang pengguna Facebookmeluahkan rasa kurang senangnya terhadap tindakan itu yang disifatkan sebagai kurang bijak.

Ihsan sebagai manusia

kucing terbiar

Dalam banner tu katanya ‘Jangan bela kucing, sekiranya mengganggu jiran tetangga’. Ya, memang betul, tapi kucing-kucing yang bakal korang tangkap tu adalah kucing-kucing TERBIAR yang tiada siapa bela pun. Siapa bela pun kalau ada orang bagi makan itu namanya ihsan sebagai seorang manusia, tak bermakna dia bela.

Ibarat macam fardu kifayah, rasanya kalau semua orang di kawasan tu tiada ihsan terhadap binatang, dah lama Allah ranapkan kawasan Prima Cempaka ni. Bawa-bawa sedar diri sikit, rahmat Allah masih ada di kawasan tu pun mungkin sebab binatang selalu zikir je, nak harap manusia kerja buat maksiat je.

Siap nak bagi saguhati ye, sakit sangat hati tu kat kucing nampaknya. Konon-konon nak kawasan sekitar bersih la tu. Dijamin 100% tidak akan tahan lama bersih tu sebab yang mengotorkan alam sekitar bukannya haiwan, tapi manusia sendiri.

Otak ada fikir lah, Allah jadikan kucing semula jadi untuk buru binatang yang lebih kotor iaitu tikus. Kalau kucing tiada agak-agak apa jadi pada populasi tikus? Tak belajar Sains eh?

Mana nak letak kucing-kucing yang ditangkap?

kucing terbiar

Lastly, cuba fikir apa akan jadi pada kucing-kucing yg ditangkap? Siapa nak bela kucing banyak-banyak tu ? Kalau dia kata akan dihantar ke shelter, nampak sangat MENIPU. Shelter tak berfungsi macam tu ya, mana ada shelter yang menerima puluhan atau ratusan kucing dalam satu masa melainkan shelter tu nak lingkup awal.

Shelter sepatutnya jadi tempat yang lebih baik dari jalanan, tapi kalau berpuluh atau beratus kucing masuk sekaligus tanpa kawalan, penyakit akan merebak sangat cepat dan kucing-kucing akan mati beramai-ramai sebab virus terutamanya virus parvo.

Kalau dia kata akan hantar ke pasar atau hutan atau tempat pelupusan sampah, itu pun namanya bod*h. Tak menyelesaikan masalah langsung.

Tapi biasanya kucing-kucing yang ditangkap akan dibunuh ya, sama ada inject mati atau kalau nak jimat kos dia bunuh direct sahaja, pukul atau apa-apa yang menjimatkan kos la. Ini fakta, bukan fitnah-fitnah ya, tak jadi depan mata korang tak bermakna benda tu tidak betul.

Kucing berak merata?

kucing terbiar

Biarlah kucing nak hidup merata atas muka bumi ni, dah memang Allah jadikan kucing tu binatang bersih yang paling dekat dengan manusia dan dalam Islam diiktiraf sebagai ‘perhiasan’ rumah lagi. Yang nak tangkap-tangkap tu buat apa, busuk betul hati, sakit hati sangat dengan binatang comel.

Kebanyakan orang akan bagi alasan ‘kucing berak merata’. Yes  kucing biasanya akan berak merata di kawasan yang berpasir. Itu sebab kucing memang tidak ada akal.

Pernah terfikir kenapa orang-orang tua yang dah uzur pun kencing berak merata? Sebab mereka dah tiada akal dan tiada upaya. Korang ingat korang dah tua nyanyuk nanti korang takkan kencing berak merata ke? Ape yang kucing-kucing tu buat sama sahaja dengan apa yang kita semua bakal buat suatu hari nanti.

Patut la ramai anak-anak derhaka hantar kedua ibu bapa mereka ke rumah orang tua-tua, sebab mereka tak diajar untuk jadi seorang manusia yang bertanggungjawab. Bila ibu bapa yang dah uzur kencing berak merata sikit, terus nak dibuang ke rumah orang tua. Sama la konsepnya dalam banner ni, konon-konon sebab kucing kencing berak merata di kawasan tu, semua kucing nak ditangkap dan dilupuskan.

Sumber: Facebook Fad Feline Family

AJK Pangsapuri Ini Anjur ‘Event’ Tangkap Kucing Terbiar, Netizen Berang Sebab Siap Nak Bagi Saguhati! 1

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here