Home All Isu Semasa Setelah Lebih 25 Tahun, ESPRIT Akan Menutup Semua Perniagaannya Di Malaysia

Setelah Lebih 25 Tahun, ESPRIT Akan Menutup Semua Perniagaannya Di Malaysia

5197
0
Setelah Lebih 25 Tahun, ESPRIT Akan Menutup Semua Perniagaannya Di Malaysia

Setelah Lebih 25 Tahun, ESPRIT Akan Menutup Semua Perniagaannya Di Malaysia | COVID-19 bukan sahaja memberi kesan terhadap kesihatan tetapi turut melumpuhkan ekonomi dunia.

Lockdown di beberapa buah negara dan PKP di Malaysia turut memberi kesan negatif kepada pelbagai jenis perniagaan sedia ada di negara kita.

Sebelum ini, sebuah hotel terpaksa ditutup selepas sebulan lebih tidak dapat beroperasi dengan skala penuh.

BACA: Pengendali Stesen Minyak Minta Tutup Operasi Kerana Hampir Muflis

Terbaru, salah satu jenama fesyen yang popular dan memberi nostalgia kepada penggemarnya, ESPRIT, akan ditutup secara keseluruhan di Malaysia pada akhir bulan Jun ini.

ESPRIT

South China Morning Post melaporkan, jenama fashion tersebut terpaksa menutup lebih dari 52 outletnya di seluruh Asia di luar China, akibat  kerugian besar kesan daripada wabak Covid-19.

Ditubuhkan pada tahun 1968 oleh Susie dan Doug Tompkins (yang juga mengasaskan jenama The North Face), pakaian ESPRIT pada mulanya sering habis terjual menggunakan bas Volkswagon milik pasangan itu.

Selepas meraih kejayaan besar, jenama itu kemudian dijual kepada sebuah firma Hong Kong pada tahun 1970-an.

ESPRIT
Susie dan Doug Tompkins ( Pengasas ESPRIT)

ESPRIT Beroperasi Di Malaysia Lebih 25 Tahun

ESPRIT membuka outlet pertamanya di Malaysia pada tahun 1995, dan sejak itu menjadi nama yang tidak asing lagi bagi rakyat tempatan.Terkenal dan diingati dengan logo ESPRIT ‘triple-bar’ mereka, jenama ini menawarkan banyak pilihan pakaian kasual yang trendy dan berkualiti.

Namun kebelakangan ini jenama terkenal ini menghadapi banyak cabaran ketika sektor runcit semakin kompetitif. Pada tahun 2020, outlet yang terletak di Malaysia, Singapura, Taiwan, Hong Kong dan Macau hanya memperoleh jualan kurang daripada 4% dari keseluruhan pasaran global mereka.

Tekanan itu kini ditambah lagi dengan krisis global COVID-19. Penutupan ini akan membabitkan lebih daripada 56 outlet.

“Keputusan itu dilakukan untuk bagi penyusunan semula inisiatif untuk memfokuskan semua sumber dan menstrukturkan semula operasi.”

Bagi anda peminat jenama ini pastinya sedih mendengar perkhabaran ini. Setiap orang pasti mempunyai notalgia dengan jenama kegemaran mereka.

Semoga penularan COVID-19 dapat dihentikan sepenuhnya secepat mungkin agar krisis ekonomi dapat dipulihkan semula.

Baca Selanjutnya
Setelah Lebih 25 Tahun, ESPRIT Akan Menutup Semua Perniagaannya Di Malaysia 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here