Home All Kisah Teladan Wanita Ini Belajar Erti Bekerja Dengan Ikhlas, Dari Pengalaman Seorang Pemandu Kenderaan...

Wanita Ini Belajar Erti Bekerja Dengan Ikhlas, Dari Pengalaman Seorang Pemandu Kenderaan Sewa

788
0
Wanita Ini Belajar Erti Bekerja Dengan Ikhlas, Dari Pengalaman Seorang Pemandu Kenderaan Sewa

Wanita Ini Belajar Erti Bekerja Dengan Ikhlas, Dari Pengalaman Seorang Pemandu Kenderaan Sewa | Pulang ke rumah semalam, Abang Lan tempahkan Grab. Dia kata boleh berehat dalam kereta sepanjang perjalanan.

Sebuah kereta BMW hitam sampai. Pintu dibukakan. Ucapan selamat petang diterima. Duduk dalam kereta dengan selesa. Bersandar. Sejuk. Wangi. Damai jiwa.

Pemandu BMW masuk dan duduk sebelah. Dia turunkan board. Dia hulur tisu basah dan berbau wangi. Dia letak sebuah cawan berisi air mineral. Dia tanya mahu biskut atau roti? Long pilih roti. “Mem, have a great journey. You can relax while I drive to your home sweet home“.

Tercengang seketika, Eh, aku naik kereta atau naik flight? Long makan roti setelah azan berkumandang. Minum air. Alhamdulillah. Kembalikan board ke tempat asal. Nyaman jiwa dengar muzik lembut.

Pemandu tanya, mahu berhenti solat di R&R? Long jawab, boleh. Masuk semula ke perut kereta. Long mulakan perbualan dengan ucapan terima kasih kerana berhenti solat.

“Tak mengapa, itu pesan suami puan”. En. Rozlan maklumkan puan puasa hari ini dan saya perlu bawa puan ke tempat solat. Allah, kata hati ini, Terima kasih Papa.

Pemandu dan pemilik BMW bernama Ananda yang merupakan seorang Chindian berasal dari Johor. Kerana negeri itulah yang rancakkan perbualan kami, bangsa Johor.

IkhlasGAMBAR SEKADAR HIASAN. SUMBER: CAR SIFU

Dulu dia bawa kereta itu as a private transportation. Ada pelanggan yang sudah chartered sebulan sehingga setahun. Ke Singapura, Johor, Penang dan Kelantan. Berulang-alik. Penat tetapi berbaloi-baloi pendapatannya. Mr. Ananda berkongsi cerita. Long dengar tanpa mencelah.

Kini, setelah COVID-19 melanda Negara. Dia terpaksa ubah cara bekerja. Dia daftar Grab Premium. Dia tidak tolak walau berapa cajnya. Rezeki sentiasa diterima tanpa keluh. Tidak guna mengeluh kata Mr. Ananda. Keadaan sangat sukar waktu ini. Tiada pilihan. Jalan terus.

Kekalkan Servis Kelas Pertama Secara Ikhlas

Walaupun bayaran yang diterima tidak seperti perkhidmatan private transport. Dia tetap mahu kekalkan suasana menghargai pelanggan seperti yang beliau lakukan sebelum ini. Ada minuman dan ada tidbits. Untuk memberi keselesaan kepada pelanggan sepanjang perjalanan. “Ini khidmat dari hati saya untuk pelanggan yang budiman”. Begitulah kata kata dari Mr. Ananda.

Jika dalam diri ikhlas berterusan. Saya percaya tuhan akan kembalikan semula apa yang hak kita dahulu. Yakin, itu pasti berlaku. Sabar sahaja untuk waktu mencabar ini.

Satu jam perjalanan tidak terasa. Hujan diluar buat hati digamit sayu. Allah sedang ajar sesuatu dari insan bernama Ananda.

Sampai depan pagar rumah, pintu kereta dibuka. Dia tunduk tanda hormat. Long tunduk juga tanda terima kasih. Long berpaling, air mata disapu segera. Ya, benar kata Ananda, ikhlas itu saat engkau tidak lagi berkeluh kesah dengan penat dan lelah mu kepada manusia.

Mereka tidak mengerti malah belum tentu bersimpati. Tanya dengan Abang Lan. Berapa khidmat Grab Premium tadi. Abang Lan tunjuk resit daripada skrin telefon. RM32.00 sahaja, mampu bayar. Ingatkan beratus, jika lihat servisnya tadi. MasyaAllah.

Kesimpulan yang Long dapat dari perbualan bersama Mr Ananda hari semalam adalah:

IkhlasKELUARAGA NOORULAZWALIZA NOH. SUMBER: FACEBOOK NOORULAZWALIZA NOH

  1. Bukan mahal jadi ukuran sebuah keikhlasan. Ia datang dari segumpal daging dalam badan yang dipanggil hati.
  2. Berdamailah dengan takdir. Ikhlas kan lah dalam menerima dan melalui aturan takdir. Lalu ingatlah kita akan Firman Allah didalam Surah Al-Insyirah.
  3. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
  4. Sekali lagi ditegaskan bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
  5. Kemudian, apabila engkau telah selesai daripada sesuatu urusan, maka bersungguh – sungguhlah engkau berusaha mengerjakan urusan yang lain.
  6. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon apa yang engkau gemar dan ingini.

BACA JUGA:Berbuat Kebaikan Tapi Menunjuk-Nunjuk? Siapa Ikhlas dan Siapa Riyak? Ini Penjelasan Mufti Perlis

Wanita Ini Belajar Erti Bekerja Dengan Ikhlas, Dari Pengalaman Seorang Pemandu Kenderaan Sewa 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here