Home All Isu Semasa Elak Ramai Kena Coronavirus Lelaki Nekad Basuh Taman Permainan Awam, Tak Kisah...

Elak Ramai Kena Coronavirus Lelaki Nekad Basuh Taman Permainan Awam, Tak Kisah Diketawakan.

1489
1
coronavirus

Dunia masih lagi cemas dengan penularan wabak novel coronavirus (2019 n-CoV) yang bermula dari Wuhan, China dan sehingga kini telah mengorbankan banyak nyawa.

Malaysia juga tidak terkecuali mendapat serangan wabak ini dan sehingga pagi tadi sudah 18 kes direkodkan positif.

Banyak langkah-langkah pencegahan mulai didambil oleh banyak pihak, termasuklah oleh seorang pengguna Facebook ini, Mustaqim Kumar Abdullah Sooria.

Coronavirus

Tidak Kisah Diketawakan Niat Murni Elak Wabak Coronavirus

Memetik hantarannya di Facebook, beliau telah diketawakan oleh ramai pihak gara-gara tindakannya membasuh taman permainan di sekitar kawasan Bukit Jelutong U8.

Menurutnya lagi, beliau juga tidak kisah diketawakan kerana niat murninya hanyalah untuk mengelakkan daripada wabak coronavirus ini tersebar lebih meluas, khasnya kepada kanak-kanak.

Tindakan Mustaqim ini telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata pengguna laman sosial memuji niat murninya ini.

Sumber: Facebook

Elak Ramai Kena Coronavirus Lelaki Nekad Basuh Taman Permainan Awam, Tak Kisah Diketawakan. 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here