Home All Isu Semasa Ebit Lew Bayarkan Hutang & Tawar Bilik, Pak Cik Kaki Lima Tekad...

Ebit Lew Bayarkan Hutang & Tawar Bilik, Pak Cik Kaki Lima Tekad Ubah Nasib Diri

10219
1
Ebit Lew Bayarkan Hutang & Tawar Bilik, Pak Cik Kaki Lima Tekad Ubah Nasib Diri

Terdahulu, seorang lelaki tua tular ditemukan dalam keadaan lapar berseorangan di kaki lima. Atas keprihatinan seorang gadis, warga emas itu diberikan sedikit makanan sebelum dia meminta bantuan masyarakat menerusi laman Facebook miliknya.

Tanpa disangka posting itu menjadi viral dan ramai pihak prihatin dengan nasib yang menimpanya termasuk kematian isterinya.

Terlewat baca mesej

Hari ini, Ustaz Ebit Lew segera menemui lelaki ‘viral’ itu selepas dia menerima beberapa pesanan daripada orang ramai untuk tampil membantu.

Walaupun penceramah tersebut agak ralat kerana terlambat membaca mesej tersebut dan sangat berterima kasih kerana ada insan baik hati datang menolong Pak Long terlebih dahulu.

Ebit Lew

Ebit Lew Ebit Lew

Syukur Pak Long dah ada rumah

Atas dasar simpati, dia segera menemui pemilik asal rumah sewa Pak Long dan menyelesaikan hutang serta bayaran bulanan yang akan datang.

Ebit Lew juga menyediakan keperluan harian yang dianggarkan cukup sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Susulan itu, pendakwah ini bersyukur kerana Pak Long telah memiliki tempat berteduh dan berharap agar segala amalannya diterima Allah SWT.

BACA:‘Selalu Berdoa Dapat Jumpa Ustaz’ Ebit Lew Tersentuh Bahana Video Viral Makcik OKU

Ebit Lew

Ebit Lew Ebit Lew Bayarkan Hutang & Tawar Bilik, Pak Cik Kaki Lima Tekad Ubah Nasib Diri 1

Sebak tengok, teringat abah kat kampung

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu atas tindakan pantas Ebit Lew dalam membantu mana-mana pihak yang tidak bernasib baik. Selain mendoakan agar Pak Long memperoleh pekerjaan, mereka juga meluahkan rasa rindu apabila terkenang ayah di kampung.

Ebit Lew Bayarkan Hutang & Tawar Bilik, Pak Cik Kaki Lima Tekad Ubah Nasib Diri 2 Ebit Lew Bayarkan Hutang & Tawar Bilik, Pak Cik Kaki Lima Tekad Ubah Nasib Diri 3 Ebit Lew Bayarkan Hutang & Tawar Bilik, Pak Cik Kaki Lima Tekad Ubah Nasib Diri 4 Ebit Lew Bayarkan Hutang & Tawar Bilik, Pak Cik Kaki Lima Tekad Ubah Nasib Diri 5

Sumber: Facebook Ebit Lew, Nazira Sanudin

Baca Selanjutnya

Ebit Lew Bayarkan Hutang & Tawar Bilik, Pak Cik Kaki Lima Tekad Ubah Nasib Diri 6

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here