Syukor Khamis atau pernah mendapat gelaran ‘Mowgli Malaysia’ sememangnya popular dalam kalangan kita kerana mampu ‘berinteraksi’ dengan haiwan ternakan keluarganya.
Terbaru, keluarga remaja berusia 15 tahun itu berhadapan dugaan besar apabila dipercayai lebih 25 ekor kerbau milik mereka telah mati secara mengejut.
Kejadian tersebut dikongsi seorang jurugambar, Dallah Deen Photography dengan memuat naik beberapa keping gambar di laman Facebook.
Khabar duka dari kandang Syukor Khamis
Khabar duka dari Kandang Pak Khamis di Kg Banggol Katong, Serada. Setakat pagi ni dah lebih 25 ekor kerbaunya mati…
Posted by Dallah Deen Photography on Sunday, September 13, 2020
BACA JUGA : Anak Tak Henti Menangis Atan Diambil Orang, Bapa Tawarkan RM1k Kepada Siapa Yang Jumpa
“Tiada bahasa dapat Syukor dan ayahnya Pak Khamis luahkan, cuma linangan air mata dan harapan doa dari orang ramai sahaja yg diharapkan.
“Selebihnya berserah kepada Allah SWT, semoga ada sinar baik untuk keluarga ini dalam menghadapi dugaan ini,” katanya.
Menerusi laman Instagram Syukor pula, dia dan keluarga mengharapkan doa orang ramai serta berkata kemungkinan kejadian berkenaan berpunca daripada musim wabak.
Sumber : Dallah Deen Photography , Syukor Khamis
