Home All Isu Semasa Selebriti Syukur Pelantikan Dr Zulkifli Sebagai Menteri Hal Ehwal Agama, Lembut Tutur...

Selebriti Syukur Pelantikan Dr Zulkifli Sebagai Menteri Hal Ehwal Agama, Lembut Tutur Bicara, Indah Akhlak.

2832
1

Selebriti Syukur Pelantikan Dr Zulkifli Sebagai Menteri Hal Ehwal Agama, Lembut Tutur Bicara, Indah Akhlak.  | Perdana Menteri Malaysia ke-8 iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan senarai Jemaah Menteri baharu kerajaan Perikatan Nasional di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Rata-rata bersetuju dengan senarai ahli kabinet baharu dan lebih mencuri tumpuan adalah pelantikan Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Seri Dr Hj Zulkifli sebagai Menteri Hal Ehwal Agama.

Selebriti dan pendakwah bebas tanah air turut mengambil kesempatan meluahkan rasa syukur atas pelantikan itu.

Menteri Hal Ehwal Agama

Babak pertama, episod baharu. Perlantikan Menteri Hal Ehwal Agama.

Mufti Wilayah Persekutuan ini turut berkongsi rasa syukur sejurus selepas pengumuman pelantikan sebagai Menteri Hal Ehwal Agama itu. Dia bagaimanapun dengan rasa rendah hati memohon agar semua pihak mendoakan agar dirinya diberi kekuatan untuk menggalas tanggungjawab dan amanah ini.

Tokoh yang disenangi ramai

Pelakon Adam Corrie turut mengucapkan tahniah atas perlantikan Datuk Seri Dr Zulkifli sebagai Menteri Hal Ehwal Agama. Mufti Wilayah Persekutuan itu disifatkan sebagai seorang tokoh yang disenangi ramai kerana akhlak dan ilmunya.

Tinggi ilmunya

Sementara itu, Pencetus Ummah (PU) Amin turut mengambil kesempatan mendoakan kesejahteraan buat negara Malaysia dan kagum dengan pelantikan Mufti Wilayah Persekutuan ini sebagai menteri keagamaan.

Sungguh aku sebak

Pelakon Yatt Hamzah turut sebak akan perkhabaran tersebut kerana impiannya untuk memiliki seorang ahli agama yang tinggi ilmu dilantik memegang jawatan tersebut. Personaliti dan sikap Dato’ Seri Dr. Hj Zulkifli sememangnya menjadi contoh ramai berdasarkan tutur bicaranya, akhlak dan pekerti yang baik.

Tuan guru kita semua

PU Azman atau dikenali sebagai Cik Man juga meluahkan rasa syukur atas jawatan yang disandangnya itu. Dia turut mendoakan agar Dato Seri Dr Zulkifli sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan kesejahteraan untuk terus membimbing negara ini.

Selebriti Syukur Pelantikan Dr Zulkifli Sebagai Menteri Hal Ehwal Agama, Lembut Tutur Bicara, Indah Akhlak. 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here