Home All Isu Semasa Dr Noor Hisham Dedah PKP Boleh Ditamatkan, Tapi Ini Petandanya Yang Rakyat...

Dr Noor Hisham Dedah PKP Boleh Ditamatkan, Tapi Ini Petandanya Yang Rakyat Perlu Patuh Dan Faham!

13671
3
Dr Noor Hisham Dedah PKP Boleh Ditamatkan, Tapi Ini Petandanya Yang Rakyat Perlu Patuh Dan Faham!

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) boleh ditamatkan sekiranya jumlah kes koronavirus baharu (Covid-19) di negara ini berkurangan dan kebolehjangkitan kes dalam komuniti tidak berlaku, selain bergantung kepada penelitian beberapa faktor lain oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menekankan antara beberapa faktor lain sebelum PKP boleh ditamatkan, termasuk memastikan kesiapsiagaan negara mengawal penvlaran wabak dan keupayaan makmal serta hospital.

“Antara faktor adalah pengurangan kes yang masih dirawat iaitu kes kebolehjangkitan. Sekarang ini kita ada 2,115 kes positif dan kalau kes itu berkurangan maksudnya kita ada pengurangan kes jangkitan di dalam komuniti.

PKP

“Faktor kedua adalah menggunakan surveillance iaitu melihat kes Influenza (ILI) dan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) di dalam komuniti. Sekarang ini terdapat 114 kes dan pemantauan mendapati kedua-dua kes berkenaan semakin berkurangan.

“Kita juga perlu melihat kepada kawasan tertentu dan kepadatan di kawasan itu sama ada masih berlaku jangkitan atau kluster baharu. Apa yang penting tidak berlaku kluster yang besar sebelum kita boleh menasihatkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menamatkan PKP,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Selain itu, Noor Hisham berkata, keupayaan makmal dan kesediaan hospital memberikan rawatan terbaik kepada pesakit Cov1id-19 juga menjadi pengukur kepada kejayaan mengatasi wabak itu dan membolehkan PKP ditamatkan.

“Paling penting juga dua isu besar ini iaitu keupayaan makmal kita sama ada dapat mengesan kes dengan cepat dan tepat serta keupayaan hospital menampung jumlah pesakit.

“Setakat ini mereka yang tiada gejala dan gejala ringan juga kita masukkan ke hospital untuk pemantauan. Mereka yang ada gejala atau radang paru-paru akan diberikan rawatan terbaik,” katanya.

Dr Noor Hisham: Perlu lihat beberapa petanda sebelum tamatkan PKP

Beberapa indikasi perlu dilihat terlebih dahulu sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham berkata antara faktor yang perlu dikenal pasti untuk menamatkan PKP adalah pengurangan kes positif Covid-19 yang direkodkan, sama ada masih ada kebolehjangkitan virus tersebut.

“Bagi penamatan PKP, kita mesti ada ‘exit strategy’, dan antara indikasi-indikasi kita ialah pengurangan kes yang masih dirawat atau kebolehjangkitan kes.

“Sekarang ini kita ada 2,115 kes (kes kebolehjangkitan) tapi kalau kes berkurangan maksudnya kita ada pengurangan kes jangkitan di komuniti. Antara seorang dengan seorang jadi itu adalah salah satu faktor.

“Yang kedua, kita menggunakan surveillance (pengawasan). Surveillance yang kita laksanakan dari bulan Januari lepas yang kita lihat kepada kes-kes influenza-like-illness (ILI) and severe acute respiratory syndrome (SARI) di dalam komuniti,” katanya pada sidang media Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

PKP

Jelasnya, pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap kes-kes SARI semakin berkurangan.

“Jadi mungkin itu salah satu indikasi yang lain untuk kita menasihatkan kepada MKN (Majlis Keselamatan Negara) untuk menamatkan PKP, dan juga kita lihat kepada kawasan-kawasan yang tertentu, kepadatan kawasan tersebut sama ada ada atau tidak ada jangkitan, wujudnya kluster-kluster baharu di kawasan di sesebuah kawasan,” katanya.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata keupayaan makmal untuk mengesan kes positif Covid-19 tepat dan cepat serta kemampuan KKM untuk menampung pesakit antara dua isu yang perlu ditangani pihaknya bagi menamatkan PKP.

Menjawab pertanyaan pemberita mengenai petanda awal KKM berjaya melandaikan keluk pandemik, Dr Noor Hisham mengakui memang unjuran kes-kes positif Covid-19 iaitu kes kebolehjangkitan sekarang semakin berkurang.

“Sekarang ini masih ada 2,000 lebih kes positif. Kalau kita dapat jalankan aktiviti pemulihan sebagaimana kita laksanakan pada PKP 1 dan 2, kita boleh kurangkan (jumlah itu).

“Ada satu ketika kes 4,000 lebih sekarang kebolehjangkitan hanya 2,198, jadi tindakan kita walaupun hari ini kita ada 69 kes, yang penting adalah kita kurangkan lagi kes kebolehjangkitan ini lebih kurang 2,000 hingga 1,500.

Jelasnya, apabila kes tersebut berkurang, pengawalan akan lebih baik dan mudah bagi KKM menumpukan pada kawasan dan kumpulan berisiko tinggi.

Jangan guna alasan ekonomi tamatkan PKP- Tun M

Kerajaan dinasihat supaya tidak gopoh ketika membuat keputusan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad, keputusan untuk menamatkan PKP harus dikaji dengan teliti dan tidak dibuat hanya kerana bimbangkan ekonomi negara akan jatuh.

“Banyak perkara yang perlu diambil kira dan dikaji terutamanya langkah-langkah pembendungan wabak yang telah diambil sebelum ini seperti pemakaian penutup hidung dan mulut serta penjarakan sosial.

PKP

“Jika PKP mahu ditamatkan, pakar-pakar perlu mengkaji data-data yang telah dikutip dari setiap tempat, apakah pematuhan terhadap arahan-arahan lain seperti pemakaian penutup hidung dan mulut atau penjarakan sosial telah dipatuhi sepenuhnya?

“Kita tidak boleh gopoh (dalam menamatkan PKP) hanya disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti bimbang ekonomi akan jatuh.

“Kita takut, jika kita tamatkan PKP virus tersebut akan merebak semula seperti yang berlaku di kebanyakan negara. Sweden contohnya, mereka telah isytiharkan negara tersebut selamat tetapi apabila PKP ditamatkan dan kehidupan kembali seperti biasa virus tersebut menular semula,” katanya semasa Sembang Live Bersama Dr. Nurul Yaqeen berhubung topik Pandemik Covid-19 yang disiarkan menerusi Facebook beliau hari ini.

Dr. Mahathir yang juga seorang doktor perubatan itu menjangkakan krisis Covid-19 mengambil masa yang lama untuk dipulihkan.

Tambahnya, tiada siapa yang boleh meramal bilakah PKP akan ditamatkan kerana kerajaan katanya, perlu memberi respon mengikut keadaan terkini dalam menguruskan krisis berkenaan.

BACA: Pekerja Tempatan Gaji Harian, Warga Asing, Peminjam Ah Long Terhimpit ketika PKP

“Tiada satu tarikh yang boleh ditetapkan untuk kita hidup bebas seperti dahulu.

“Saya yakin, untuk menangani wabak ini, ada yang boleh kita dahulukan, ada yang kena lewatkan kerana virus ini sangat mudah untuk merebak.

“Kalau duduk di rumah, risiko jangkitan berkurangan,” katanya lagi.

Dr. Mahathir juga menyokong tindakan kerajaan melarang pembukaan bazar Ramadan bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.

Katanya, penjualan juadah berbuka puasa boleh dilakukan secara dalam talian namun begitu para peniaga katanya, perlu memikirkan kaedah terbaik dari segi aspek pembungkusan bagi memastikan kualiti dan kebersihan makanan tidak terjejas dalam tempoh yang lama.

“Kita tidak boleh hapuskan perkhidmatan bazar ramadan ini kerana ada peniaga yang mahu mencari rezeki.

“Ianya boleh dijalankan secara dalam talian tetapi peniaga perlu fikir bagaimana untuk memastikan makanan tidak basi kerana pembeli membeli juadah sebelum waktu berbuka dan mereka mungkin mahu makanan tersebut masih boleh dimakan sehingga waktu sahur,” tambahnya.

Baca Selanjutnya

Dr Noor Hisham Dedah PKP Boleh Ditamatkan, Tapi Ini Petandanya Yang Rakyat Perlu Patuh Dan Faham! 1

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here