Home All Isu Semasa Dompet Pelajar Yang Tercicir Pada Tahun 1957 Ditemui Semula Di Sebalik Loker...

Dompet Pelajar Yang Tercicir Pada Tahun 1957 Ditemui Semula Di Sebalik Loker Sekolah Selepas 62 Tahun Berlalu

7583
0
dompet pelajar

Dompet Pelajar Yang Tercicir Pada Tahun 1957 Ditemui Semula Di Sebalik Loker Sekolah Selepas 62 Tahun Berlalu | Misteri kehilangan dompet oleh seorang pelajar di North Canton Middle School akhirnya terjawab.

Tetapi malangnya ianya mengambil masa yang terlalu panjang kira-kira 62 tahun untuk ditemui semula. Dan lebih menyedihkan, pemiliknya sendiri sudah lama meninggal dunia.

North Canton Middle School di Ohio menemui penemuan menarik itu secara tidak sengaja oleh Chas Pyle, penjaga di sekolah itu yang hanya mahu membaiki loker yang rapat pada bahagian dinding. Di celah diantara dinding dan loker itu lah, dia menemui sebuah dompet yang telah nampak usang.

Dompet Pelajar Ditemui Semula Selepas 62 Tahun

dompet pelajar

Pihak sekolah kemudian melakukan penyiasatan untuk mengesan identiti pemilik dompet tersebut. Selepas diselidik, mereka mendapati dompet itu kepunyaan bekas pelajar sekolah itu iaitu Patti Rumfola yang pernah melaporkan kehilangan dompet pada tahun 1957.

Sejak dompet itu ditemui, ramai yang teruja ingin mengetahui isi kandungan yang terdapat di dalamnya. Lagi-lagi untuk mengetahui apakah barangan yang dibawa oleh seorang gadis yang hidup pada tahun 1950-an pada waktu itu.

Selepas berhubung dengan keluarga Patti Rumfola, pihak sekolah dan keluarga Patti bersama-sama membongkarkan isi di dalam dompet itu. Keluarga Patti juga turut sama teruja untuk melihat  kehidupan remaja peninggalan mendiang ibu mereka.

dompet pelajar

dompet pelajar

dompet pelajarDompet pelajar yang telah 62 tahun milik Patti Rimfola itu hilang di sekolah sewaktu usianya 14 tahun. Seperti mana gadis-gadis yang lain, Patti turut membawa sikat dan alatan solek di dalam dompetnya itu yang masih berada dalam keadaan yang baik.

Selain itu, beberapa barangan lain yang terdapat di dalam dompet pelajar itu antaranya seperti kad perpustakaan dan jadual perlawanan bola sepak pada tahun 1956. Beberapa keping gambar keluarga berwarna hitam putih turut disimpan di dalam dompet itu.

dompet pelajar

dompet pelajar

dompet pelajar

dompet pelajar

dompet pelajar

dompet pelajar

dompet pelajar

Patti Rimfola mempunyai lima orang anak dan berkhidmat sebagai seorang guru sepanjang hayatnya. Dia menamatkan persekolahannya pada tahun 1960 dan meninggal dunia pada usia 71 tahun. Setiap seorang daripada anaknya kemudian mengambil keputusan untuk menyimpan duit siling yang ditemui di dalam dompet itu sebagai kenangan.

Sumber

Dompet Pelajar Yang Tercicir Pada Tahun 1957 Ditemui Semula Di Sebalik Loker Sekolah Selepas 62 Tahun Berlalu 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here