Home All Isu Semasa ‘Doktor Lebih Takut Kuman Berbanding Allah?’ – Diaju Soalan Saat Bertugas, Doktor...

‘Doktor Lebih Takut Kuman Berbanding Allah?’ – Diaju Soalan Saat Bertugas, Doktor Kecewa Konsep Tawakal Netizen

7288
2
doktor

‘Doktor Lebih Takut Kuman Berbanding Allah?’ – Diaju Soalan Saat Bertugas, Doktor Kecewa Konsep Tawakal Netizen | Statistik bilangan kes wabak Covid-19 di Malaysia dipercayai semakin meningkat sehingga menyebabkan 2 kes kematian semalam.

Peningkatan tersebut ternyata membimbangkan seluruh rakyat Malaysia, meskipun ada sebilangan kes dipercayai sudah sembuh daripada jangkitan.

Menerusi Facebook Ahmad Zakimi Abdullah, doktor ini meminta semua pesakit menjaga jarak antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, permintaannya itu disalah tafsir sehingga diperli tidak perlu bimbang kerana Tuhan sentiasa ada di sisi.

Terkedu dengan kenyataan itu, dia membidas semula kenyataan mereka dengan menjelaskan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor.

Niat untuk bertanya sudah makan ka belum?

doktor

Sekadar gambar hiasan

Takut Kuman dari Takut Tuhan? “Encik! Stop! Berdiri di situ. Jangan dekat dengan saya ya,” ujarku kepada seorang ‘jemaah’ yang berada di kemah untuk kekalkan jarak (distancing). Saya ke tempat mereka dengan niat untuk bertanya samada sudah makan atau belum sementara menunggu giliran. Lalu salah seorang dari mereka berkata, “doktor lebih takut kuman berbanding Allah, ye? Kita ada Allah lah, doktor.”

Saya tersentap dan terkedu dengan soalan yang diajukan hanya kerana ingin menjarakan diri dari mereka. Namun, saya terus menjawab, “Bukan awak sorang takut Allah. Saya pun. Sebab saya takut Allah lah, saya pikul tanggungjawab dan amanah neh (kerja merawat). Setiap hari saya kena mengadap COVID ni.” Okaylah. Okaylah.

Oleh kerana saya tak mahu panjangkan berbualan kami, maka saya langsung bertanya, “encik-encik semua dah makan ke belum?” “Belum” “Nanti kami sediakan makan, ya.” Saya terus berlalu pergi. Ya, saya terkilan dengan soalan itu kerana saya dan kakitangan saya semua sudah kepenatan menguruskan penambahan kes COVID-19 disamping menguruskan kes-kes yang sedia ada di Jabatan kami.

Doktor sendiri perlu sihat

doktor

Saya sendiri membatalkan hasrat untuk bercuti di musim cuti sekolah demi menguruskan kalian. Anak istimewa saya yang demam di rumah, anak sulung saya sendiri yang terkena serangan asma ketika ini juga saya tinggalkan demi menguruskan kalian. Saya sendiri perlu sihat untuk menguruskan kes-kes COVID-19. Bukan sahaja kes COVID-19, malah pesakit-pesakit lain yang sedia ada di Jabatan Kecemasan seperti kes kemalangan, serangan jantung, jangkitan kuman-kuman lain, lelah dan sebagainya.

Ya, kami kakitangan kesihatan sanggup berdepan dan mendedahkan diri pada pelbagai kuman demi menjaga kemaslahatan dari jangkitan wabak, pelihara nyawa dan elakan perkara yang memudaratkan itu bukti kami takutkan Allah. Itu yang dituntut oleh Nya. Kenapa saya dan rakan-rakan buat semua ini demi menyempurnakan kewajiban kerana kami takut kepada Allah. “Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.” (Surah al-Baqarah, ayat 195). “Jangan kamu bunuh diri kamu, sesungguhnya Allah sangat kasih kepada kamu.” (Surah al-Nisa, ayat 29).

Ingkar arahan, akhirnya memudaratkan orang lain dalam masyarakat. Orang yang tidak mentaati perintah Allah itu sebenarnya pendosa. Nabi Muhammad S.A.W sendiri ketika berperang pakai perisai pertahanan diri. Adakah itu bermakna Nabi SAW takut akan musuh berbanding Allah? Tawakkal tanpa ikhtiar untuk hindari wabak bukan Konsep sebenar tawakkal. Kena ada usaha dan ikhtiar, seterusnya berdoa barulah berserah dan bertawakkal. Kekalkan sosial distancing dan ikut perintah kawalan pergerakan. Jangan mangsakan orang lain. Jangan pentingkan diri sendiri.

Sumber: Ahmad Zakimi Abdullah

‘Doktor Lebih Takut Kuman Berbanding Allah?’ – Diaju Soalan Saat Bertugas, Doktor Kecewa Konsep Tawakal Netizen 1

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here