Home All Keluarga Keluarga Harap Doa Buat Ustaz Kazim Elias, Punca Penyakit Sedang Dikenal Pasti.

Keluarga Harap Doa Buat Ustaz Kazim Elias, Punca Penyakit Sedang Dikenal Pasti.

12948
0
Keluarga Harap Doa Buat Ustaz Kazim Elias, Punca Penyakit Sedang Dikenal Pasti.

Keluarga Harap Doa Buat Ustaz Kazim Elias, Punca Penyakit Sedang Dikenal Pasti. | Beberapa hari yang lalu, penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias, terpaksa dikejarkan ke hospital selepas beliau mengadu mengalami sakit belikat, pinggang serta kembung perut dan kesukaran untuk tidur.

Dalam perkembangan terbaru, menerusi Facebook Ustaz Dato’ Haji Mohd Najmuddin Elias Al Hafiz, memaklumkan keadaan terkini Ustaz Kazim.

Perkembangan terbaru Ustaz Kazim Elias

Menerusi entrinya, dimaklumkan Ustaz Kazim telah dimasukkan ke wad di sebuah hospital swasta Ipoh setelah mendapat nasihat dari pihak pakar perubatan.

BACA: ‘Zaman Sekarang Ini Semua Salah, Tolong Orang Pun Salah’ – Ustaz Kazim Elias

Ia berikutan, untuk memudahkan pihak hospital mengenal pasti punca sebenar penyakit yang dialami, sementara menunggu keputusan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan Ultrasound yang telah dilakukan.

Dah beransur baik…

ustaz kazim elias

Difahamkan, keadaan Ustaz Kazim sudah semakin baik dan boleh tidur seperti biasa. Namun, keadaan badan sedikit lemah susulan daripada kesan ubat bius.

Bagaimana pun, Ustaz Dato’ Haji Mohd Najmuddin mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang sentiasa mengikuti perkembangan dan mendoakan kesihatan Ustaz Kazim.

Sumber : Ustaz Dato’ Haji Mohd Najmuddin Elias Al Hafiz

Keluarga Harap Doa Buat Ustaz Kazim Elias, Punca Penyakit Sedang Dikenal Pasti. 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here