Home All Isu Semasa PDRM Tawar Diskaun 50% Untuk Bayaran Saman Trafik Bermula 18 Januari Ini

PDRM Tawar Diskaun 50% Untuk Bayaran Saman Trafik Bermula 18 Januari Ini

1510
1
saman trafik

PDRM Tawar Diskaun 50% Untuk Bayaran Saman Trafik Bermula 18 Januari Ini | Setiap mereka yang memandu pastinya ingin mengelakkan daripada menerima sebarang saman namun akibat kecuaian kemungkinan seseorang menerima saman sebagai denda tidak mengikuti peraturan jalan raya.

Pada kali ini, tawaran diskaun sebanyak 50% telah ditawarkan PDRM khas buat saman trafik. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, penawaran diskaun ini yang cuma ditawarkan secara online ini memberi peluang dan pendedahan buat orang ramai melangsaikan saman mereka dengan cara yang lebih mudah.

PDRM Tawar Diskaun 50% Untuk Bayaran Saman Trafik Bermula 18 Januari Ini 1DATUK AZISMAN ALIAS. SUMBER: THE STAR ONLINE

Pembayaran Saman Trafik Secara Talian

Para pengguna berpeluang membayar saman tersebut secara dalam talian melalui laman web MyEG atau Rilek. Diskaun masa terhad ini cuma dibuka pada 18 Januari ini sehingga 1 Februari 2020 sahaja.

Buat anda yang mempunyai tunggakan saman, mungkin inilah masanya untuk melangsaikan saman-saman yang anda peram selama ini dengan tawaran diskaun masa terhad.

PDRM Tawar Diskaun 50% Untuk Bayaran Saman Trafik Bermula 18 Januari Ini 2

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here