Home All Isu Semasa Disebalik ‘Senyuman’ Anak Yatim Piatu Ini, Aktivis Masyarakat Kongsi Kisah Sedih

Disebalik ‘Senyuman’ Anak Yatim Piatu Ini, Aktivis Masyarakat Kongsi Kisah Sedih

1711
0
Disebalik ‘Senyuman’ Anak Yatim Piatu Ini, Aktivis Masyarakat Kongsi Kisah Sedih

Aktivis Masyarakat Kongsi Kisah Sedih Disebalik ‘Senyuman’ Anak Yatim Piatu Ini | Tak dapat dibayangkan jika kehilangan orang tersayang apatah lagi ibu bapa. Ujian tersebut sangat berat untuk dihadapi terutama bagi anak-anak kecil yang hilang tempat berteduh dan bermanja.

Tidak mudah bagi mereka untuk menjalani detik-detik penting dalam kehidupan tanpa ibu bapa di sisi.

Melalui perkongsian terbaru oleh Aktivis Masyarakat, Natipah Abu, di Facebook miliknya, beliau berkongsi mengenai kisah seorang kanak-kanak anak yatim piatu yang sedang bertatih mendepani cabaran dalam kehidupan.

anak yatim

Ikuti perkongsiannya kisah disebalik senyuman anak yatim piatu di bawah ini.

MAK ANAK BERDERET.

“ Mak tau dakkk … dia tak dengar cakap kami ! “
“ Mak tau dakkk .. dia ni suka melawan kalau org larang ! “
“ Mak tau dakkk … dia tak masuk kelas, melilau rata ! “
“ Mak tau dakkk .. dia keluar dari kawasan sekolah pi beli gasing ! “
“ Mak tau dakkk .. dia makan dalam kelas time cikgu mengajar ! “

Mak tau dak itu dan mak tau dak ini ….Bertalu -talu ayat itu menerjah telinga. Mak pun tak tau samada nak marah atau nak gelak dah. Banyak sungguh aduan tentang adik baru. Masing-masing menuntut Mak supaya bertindak terhadap Adik.

Mak renung wajah Adik yang berdiri tercegat di sisi Mak. Abang-abang yang lain pula duduk selonggok di atas lantai depan Mak.

Mak sedar .. Adik tak pernah masuk sekolah kebangsaan. Jadi mungkin sebab itulah … Adik tak faham sangat tentang peraturan di sekolah. Sebelum ni .. Adik belajar di tahfiz.
“ Adik .. Adik tak boleh macam tu . Adik kena duduk dalam kelas macam kawan-kawan.

Kalau Adik ponteng kelas .. nanti cikgu disiplin tangkap .. kena rotan . Faham dak ! “
Adik mengangguk perlahan ..

“ Faham , Mak ! Nanti saya tak buat dah ! “
Perlahan juga suara Adik. Matanya bulat merenung wajah Mak.

“ Alaaa .. semua angguk. Semua faham ! Depan Mak, dia angguk laa . Nanti Mak balik .. hero sakan dia , Mak tau dak ! “

Celah salah seorang abang .. masih tak puas hati …
“ Tapi Adik kan dah janji. Satu-satu la Mak ajar dia. Nanti lama-lama dia ok la. Abang-abang pun kenalah tolong ajar Adik juga. Adik , dengar cakap Mak tau .. jangan ponteng kelas dah. ! “

Yaa ..hakikatnya Mak sangat sedar, satu cabaran besar bakal bermula dalam mendidik si yatim piatu ini. Tidak semudah yang dibayangkan. Tetapi Mak percaya .. rebung ini masih boleh dilenturkan selagi belum menjadi buluh ..

“ Mak . .. ni ada mak Haikal bagi kek utk hari jadi utk Haikal ! “
Abang Shah tiba-tiba muncul sambil menatang sebiji kek yang dihias cantik. Hari ini …hari jadi Haikal , jadi ibunya telah menyediakan sebiji kek yang cantik sbg penyeri sambutan ringkas Haikal dan kawan-kawan .

“ Wahhh .. cantiknya kek ! Saya tak pernah sambut harijadi pun.”

Adik tiba-tiba menyampuk dengan nada yang sayu. Anak- anak yang lain masing- masing meluru ke arah kek di meja. Tapi Adik …berundur ke belakang dan menyandarkan tubuhnya di sebatang tiang.

Riak wajah Adik sugul sekali. Tubuh kerdil itu tiba-tiba meloros ke bawah dan terduduk terus di kaki tiang. Di dalam keriuhan kawan-kawan, adik diam memerhatikan dari jauh.

“ Adik … betul ka Adik tak pernah sambut hari jadi ? “
“ Yaa .. tak pernah ! Pernah makan kek hari jadi orang saja. Ayah tak dak duit nak buat dulu … “

Perkara yang sangat takut utk Mak dengar akhirnya terpacul dari bibir mungil itu. Yaa .. Mak takut sekali untuk mendengar anak-anak di sini menyebut nama insan kesayangan mereka yang telah pergi itu.

Mak tahu dan Mak sangat sedar … sebutan itu hanya akan lahir dari hati yang rindunya sangat dalam . Dan tiada apa- apa pun mampu mengubati sakitnya rindu terhadap insan yang telah pergi itu …

Lalu mak pun minta Abang Shah menyemak fail adik. 22 September ini .. hari jadi adik ke 8 rupanya ..

Mak bangun dan mendapatkan Adik yang hanyut sendiri memerhatikan abang-abang yang sedang rancak berborak di sisi meja di mana kek diletakkan.

“ Adik … jangan sedih na. Nanti kita sambut hari jadi na. Jommm …ikut mak keluar. Teman mak jom ! “

Mak hulur tangan … Adik menyambut dalam senyuman yang manis sekali. Mak peluk Adik .. mak usap kepala Adik .. lalu mak cubit kedua pipi Adik sebelum satu ciuman Mak singgah di wajah comel itu.

“ Shah .. kita akan sambut hari jadi Adik dengan meriah 22 September ni . Shah prepare ya … ! “

Adik berlari keriangan sambil menggalas beg Mak menuju ke kereta. Jiwa si kecil itu terbelilah sudah …

BACA JUGA : Anak Bermasalah Hantar Sekolah Tahfiz. Ingat Tahfiz Tu Tempat Longgokan Budak Bermasalah Ke?

Disebalik ‘Senyuman’ Anak Yatim Piatu Ini, Aktivis Masyarakat Kongsi Kisah Sedih 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here