Home All Isu Semasa Diperli Bayar Zakat Lebih RM50k, Amil Cerita Sisi Sebenar Aliff Syukri.

Diperli Bayar Zakat Lebih RM50k, Amil Cerita Sisi Sebenar Aliff Syukri.

7481
0
Diperli Bayar Zakat Lebih RM50k, Amil Cerita Sisi Sebenar Aliff Syukri.

Diperli Bayar Zakat Lebih RM50k, Amil Cerita Sisi Sebenar Aliff Syukri. | Usahawan kosmetik terkenal Aliff Syukri sering saja berjaya mencuri tumpuan rakyat Malaysia tidak kira apa jua yang dilakukannya terutama di ruangan media sosial.

Terkini, hantaran yang dibuatnya di Instagram @aliffsyukriterlajaklaris mengenai pembayaran zakat beberapa hari lalu turut menjadi bualan hangat netizen.

Sebenarnya ini bukan kali pertama beliau berkongsi tentang pembayaran ke LZS ini dan ianya memang pembayaran yang dilakukan setiap bulan. Perkongsian ini sebenarnya bagus untuk mengingatkan mereka-mereka yang masih belum menjelaskan hukum Islam yang ke 5 ini.

Netizen Tuduh Aliff Syukri Riak Tunjuk Bayar Zakat

Selepas membuat hantaran yang memaklumkan beliau telah membuat pembayaran zakat, ada beberapa orang netizen dilihat meninggalkan komen negatif mengenai perkara itu.

Walaupun ia dilihat sebagai perkongsian yang menceritakan bagaimana perniagaan beliau masih mampu bertahan dengan situasi ekonomi yang tidak menentu ketika ini, namun ia masih dilihat seperti disalah tafsir oleh segelintir masyarakat.

Diperli Bayar Zakat Lebih RM50,000, Amil Cerita Sisi Sebenar Aliff Syukri Diperli Bayar Zakat Lebih RM50,000, Amil Cerita Sisi Sebenar Aliff Syukri

Pendedahan amil zakat

Walaupun ada yang menganggap hantaran yang dibuatnya sekadar untuk menunjuk-nunjuk, seorang amil zakat tampil menceritakan kisah sebenar Aliff Syukri dan kisah bayaran zakatnya di Twitter.

Menurut Faisal Rahim, Aliff Syukri memang diketahui sebagai seorang usahawan yang tidak pernah terlepas membayar zakat setiap bulan sebelum ini.

“Satu perkara yang aku puji Aliff Syukri ini, beliau konsisten membuat pembayaran kepada LZS dari perniagaan beliau kecil sampai tahap sekarang.

“Malah dari usia beliau belasan tahun sudah bayar zakat perniagaan. Itu sisi lain yang ramai orang tidak nampak. Mungkin ia satu sebab maju bisnesnya,” kongsi amil tersebut.

Menjelaskan mengenai tindakan Aliff yang dilihat menunjuk bayaran yang telah dibuat kepada LZS, beliau berkata zakat memang tersenarai sebagai ibadah yang dibenarkan untuk dihebahkan.

Perkara ini menurutnya akan menggalakkan orang lain untuk mencontohi dan menimbulkan keinginan membayar zakat.

Baca Selanjutnya

Diperli Bayar Zakat Lebih RM50k, Amil Cerita Sisi Sebenar Aliff Syukri. 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here