Home All Isu Semasa Selepas Dihalau Dari Pasar Borong KL, Ini Port Baru Bisnes Warga Asing...

Selepas Dihalau Dari Pasar Borong KL, Ini Port Baru Bisnes Warga Asing Di Selayang

3753
5
Selepas Dihalau Dari Pasar Borong KL, Ini Port Baru Bisnes Warga Asing Di Selayang

Selepas Dihalau Dari Pasar Borong KL, Ini Port Baru Bisnes Warga Asing Di Selayang | Pada hari Jumaat, 15 Mei 2020, Dewan Perniagaan Minoriti (MBC) menerima laporan dan rungutan beberapa ahli kami, yang menyatakan bahawa warga asing yang diusir keluar oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL dari Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang, sedang bebas berniaga secara haram di kawasan Majlis Perbandaran Selayang yang berada hanya 2km dari Pasar Borong KL!

Untuk menentukan kesahihan aduan ini, maka keesokkan harinya iaitu pada 16 Mei 2020, saya sendiri terpanggil untuk turun padang, dan hasilnya saya dapati perkara ini benar.

Kawasan tersebut terletak di One Selayang dengan diawasi oleh ‘gengster’ manakala pintu masuk dijaga oleh Pengawal Keselamatan yang mengawal kemasukan kenderaan kedalam kawasan tersebut.

Hanya kenderaan tertentu sahaja yang dibenarkan masuk dan Jalan masuk pula dipenuhi lori dan beberapa pekerja asing yang sedang menolak troli yang dimuatkan dengan sayur. Saya sampai disana pada waktu ‘off-peak’, jadi beberapa peniaga warga asing sahaja yang masih beroperasi.

pasar borong

Namun, meja-meja yang terlipat disana membuktikan bahawa ada lebih ramai yang berniaga pada waktu pagi. Sayur-sayuran hanya dijual kepada pembeli yang dikenali sahaja.

Hubungan penjual-pembeli ini wujud semasa warga asing ini berniaga di Pasar Borong KL di Selayang.

Orang yang tidak dikenali dilihat dengan penuh curiga dan sentiasa diawasi. Jadi, video ini saya rakam secara sembunyi bagi mengurangkan risiko keselamatan ke atas diri saya sendiri. Saya amat kecewa melihat keadaan ini kerana warga asing bebas berniaga di dalam sempadan negeri Selangor tanpa tindakan oleh pihak berkuasa.

Siapa yang berikan mereka tempat untuk berniaga? Siapa yang melindungi mereka? Mengapa mereka masih berani berniaga secara terang-terangan walaupun media menyiarkan isu perniagaan haram warga asing ini setiap hari? Apakah wujud unsur-unsur tangan ghaib yang melindungi mereka?!

BACA: Tokey Pasar Borong Mengadu Walaupun Gaji RM100 Sehari, Pekerja Tempatan Berhenti Selepas 3 Jam

Saya tidak faham, jika saya yang bukan tinggal di Selayang boleh tahu perkara ini, masakan PDRM Daerah Gombak, Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Ahli Parlimen Selayang dan ADUN Taman Templer boleh terlepas pandang! MBC menuntut penjelasan dari Ahli Parlimen, ADUN, MPS dan PDRM kawasan Selayang mengenai perkara ini dalam kadar segera.

Harus saya ingatkan bahawa ini bukan isu politik. Bagi saya ini adalah isu ekonomi dan keperluan hidup asas rakyat Malaysia yang semakin terhakis dek kerana kerakusan warga asing haram. MBC akan terus memperjuangkan hak rakyat tempatan yang dirampas oleh warga asing.

Maka di atas sebab itu, kami mengalu-alukan maklumat dari orang awam mengenai perniagaan yang dimiliki oleh warga asing tanpa izin seperti ini. Sudah sampai waktunya kita bertindak. Mohd Zulkifli Bin Abdul Fattah Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Minoriti (MBC)

Jom tonton dan saksikan sendiri…

Selepas Dihalau Dari Pasar Borong KL, Ini Port Baru Bisnes Warga Asing Di Selayang 1

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here