Home All Isu Semasa Didenda Semasa Keluar Menunggu Bantuan Makanan, Ini Yang Dilakukan Orang Kampung Untuk...

Didenda Semasa Keluar Menunggu Bantuan Makanan, Ini Yang Dilakukan Orang Kampung Untuk Bantu Warga Emas Ni.

6730
1
Didenda Semasa Keluar Menunggu Bantuan Makanan, Ini Yang Dilakukan Orang Kampung Untuk Bantu Warga Emas Ni.

Didenda Semasa Keluar Menunggu Bantuan Makanan, Ini Yang Dilakukan Orang Kampung Untuk Bantu Warga Emas Ni. | Seorang warga emas berumur 80 tahun dilaporkan telah didenda sebanyak RM1000 kerana mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas menunggu bantuan makanan di luar rumah.

Warga emas tersebut atau lebih mesra dikenali sebagai Mr. Li dikatakan sedang menunggu berhampiran kawasan restoran untuk menerima bantuan makanan pada 10.30 pagi pada Sabtu lalu (11 April), apabila beliau didatangi oleh anggota polis.

Mr. Li disyaki telah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan bersiar-siar di luar rumah, mengakibatkan beliau didenda sebanyak RM1000.

didenda

Warga Emas Didenda Merupakan Golongan Daif

Menurut Li Junmin, Ketua Pegawai Kewangan Buddha Ayer Kuning, Mr. Li tinggal bersendirian di sebuah rumah usang dan merupakan seorang yang sangat susah. Beliau kebiasaanya akan menoreh getah, bercucuk tanam atau melakukan apa-apa pekerjaan untuk meneruskan kehidupan untuk mengisi perut.

Didenda Semasa Keluar Menunggu Bantuan Makanan, Ini Yang Dilakukan Orang Kampung Untuk Bantu Warga Emas Ni. 1

Terang Li Junmin lagi, untuk membantu golongan warga emas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, organisasi Buddha akan membantu mereka dengan menyediakan dua hidangan makanan dalam sehari di restoran berdekatan.

“Saya yakin dia keluar hanya untuk mengambil makanan di restoran”

Li Junmin juga mendedahkan bahawa Mr. Li sebenarnya menghidap penyakit ‘narcolepsy’, sebuah penyakit masalah tidur di mana seseorang itu boleh tidur secara tiba-tiba pada bila-bila masa. Kebetulan, semasa polis menyuruh Mr. Li untuk beredar dari kawasan restoran dia tiba-tiba mengantuk dan tertidur.

BACA: Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Duduk Penjara Selama 2 Minggu Gara-Gara Ingkar PKP

Mungkin pihak polis merasakan beliau sengaja berada di luar dan melanggar perintah PKP, jadi disini berlaku sedikit salah faham.

Yang menyedihkan bukan Mr. Li seorang sahaja warga emas yang dikenakan denda. Seorang wanita berusia 67-Tahun dikenali sebagai Fang juga diberikan denda yang sama kerana berada di luar kawasan restoran tersebut.

Untuk menyelesaikan masalah ini, penduduk kampung di Ayer Kuning telah membuat kutipan derma untuk membantu membayar denda buat Mr. Li dan Fang. Ini kerana mereka berdua sudah tua jadi apabila didenda dan untuk dihadapkan ke makhamah adalah sukar untuk mereka yang sudah sedia ada hidup dalam keadaan daif.

Sumber: Sinchew

Baca Selanjutnya

Didenda Semasa Keluar Menunggu Bantuan Makanan, Ini Yang Dilakukan Orang Kampung Untuk Bantu Warga Emas Ni. 2

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here