Home All Isu Semasa ‘Dia Adalah Penderma Tetap Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman’

‘Dia Adalah Penderma Tetap Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman’

30187
0
penderma

Bukan sahaja pernah bergiat dalam bidang lakonan di Malaysia, malah, Allahyarham Ashraf Sinclair juga mula aktif ke pasaran Indonesia sejak tahun 2008 lagi. Arwah juga dikenali ramai dengan hati budinya yang baik dan dermawan sepanjang hayatnya. Dia telah menjadi penyumbang tetap di Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman di Jakarta, Indonesia. Pemergian Ashraf disifatkan sebagai kehilangan yang sangat memberi kesan kepada yayasan itu.

Dia adalah penderma tetap

‘Dia Adalah Penderma Tetap Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman’ 1

Memetik laporan Detik Hot, Pengurus Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman iaitu Haji Ahmad Habib terkejut dan tidak percaya dengan berita yang diterima mereka pada awal pagi tadi (18 Februari 2020). Malah, anak-anak yatim di yayasan berkenaan turut bersedih apabila diberitahu berita itu.

Beliau ini adalah donatur tetap Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman. Sosoknya sangat familiar, baik hati, tidak segan menyapa. Kami sangat merasa kehilangan saat mendapat berita duka ini.

Ini kan seperti pesantren, jadi kapan beliau siap datang, beliau datang saja. Sangat sering datang. Setiap dapat rezeki apa, beliau pasti datang dan memberi rezeki ke kami. Dua bulan lalu kami masih silaturahmi ya. Saat itu beliau sehat, baik-baik saja.

Apa saja rezeki yang diterima arwah, dia akan berkongsi rezeki itu kepada anak-anak di sana. Ashraf juga sering datang ke yayasan berkenaan dan kehadiran terakhir arwah ke sana adalah pada dua bulan lepas.

‘Ashraf orang yang baik’

Sementara itu, rakan-rakan artis yang turut datang menziarahi arwah di Pejaten Bara, Indonesia bagi memberi penghormatan terakhir. Rata-rata meluahkan rasa simpati dan masih lagi bersedih akan kehilangan Allahyarham Ashraf Sinclair di usia 40 tahun itu. Rakan artis iaitu Andien turut datang menziarahi keluarga arwah dan Bunga Citra Lestari.

Pemergian Ashraf kalau menurut orang disekitarnya, dia pergi sangat tenang, bahagia dan tersenyum. Minta doakan saja ya. Bunga sangat shock (terkejut), dia bilang berita ini sangat mendadak. Aku sekeluarga turut berdukacita sekali kerana Ashraf adalah orangnya baik dan akan selalu dikenang sebagai orang yang baik. Jadi, sama kita mendoakan agar semua ibadah Ashraf diterimaNya.

Sumber: BeepdoDetikHot

The following two tabs change content below.

‘Dia Adalah Penderma Tetap Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman’ 2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here