Home All Isu Semasa Timbul “Kisah” Di Sebalik Lelaki Lumpuh Yang Ustaz Ebit Lew Bantu Di...

Timbul “Kisah” Di Sebalik Lelaki Lumpuh Yang Ustaz Ebit Lew Bantu Di Kedah.

26770
4
Timbul “Kisah” Di Sebalik Lelaki Lumpuh Yang Ustaz Ebit Lew Bantu Di Kedah.

Sejak semalam di fb Ustaz Ebit Lew, dengan penuh keikhlasan hati serta tangisannya, beliau berjaya mendapatkan sebuah rumah sewa untuk diduduki oleh seorang lelaki tua, Pak Ad yang terbaring lumpuh bersama cucu-cucunya. Rumah yang diduduki sebelum ini agak uzur dan tidak sesuai diduduki.

Kejujurannya membantu keluarga ini dapat dilihat kerana Ustaz Ebit Lew bersungguh-sungguh mencari sebiji rumah, membaiki masalah pendawaian dan air malah Ustaz Ebit akan membayarkan sewa rumah itu selagi dirinya bernyawa. Allah, besar sungguh pengorbanan Ustaz dan moga Allah membalasnya dengan syurga.

Malah beliau turut berkongsi kisah cucu-cucu Pak Ad ini begitu gembira berpindah ke rumah baru, mahu belajar solat dan lain lagi.

ustaz ebit lew

Namun di sebalik perkongsian dari Ustaz Ebit Lew timbul satu kenyataan dari seorang pengguna fb atas nama Mohd Ruslin Abdullah yang berkongsi bahawa keluarga pakcik lumpuh itu sebenarnya ada menerima bantuan barangan dan kewangan termasuk dari Lembaga Zakat Kedah.

Dalam perkongsiannya, timbul dakwaan bahawa segala perabot di dalam rumah disediakan sebelum ini habis dijual?

Bagi kami, dunia melahirkan pelbagai kisah kejadian yang boleh kita jadikan iktibar bersama-sama. Ada yang memang susah dan wajar dibantu. Ada yang sengaja buat-buat susah semata-mata nak terima bantuan dan ada lebih teruk, memang kehidupan mereka susah tapi mereka sendiri “susah” nak berubah dan hanya mengharapkan bantuan orang.

BACA: Perkongsian Kisah Hidup Ebit Lew Buat Ramai Tersentuh.“Pohon Doa Semua, Nak Rehat Dulu..”

Tapi dalam ramai manusia, Allah hadirkan lebih ramai orang baik untuk kita saling bantu membantu tak kisahlah apa kisah belakang mereka. Kita yang berkemampuan wajib membantu orang susah dan doakan agar kehidupan mereka berubah. Tapi apa paling penting adalah niat perbuatan kita. Biarlah ianya kerana Allah taala dan Allah yang menilainya.

Baca perkongsian diberikan khas untuk Ustaz Ebit Lew ini.

ustaz ebit lew

Timbul “Kisah” Di Sebalik Lelaki Lumpuh Yang Ustaz Ebit Lew Bantu Di Kedah. 1

Bantuan Dari Lembaga Zakat Kedah dan Masyarakat Tempatan

Timbul “Kisah” Di Sebalik Lelaki Lumpuh Yang Ustaz Ebit Lew Bantu Di Kedah. 2

Timbul “Kisah” Di Sebalik Lelaki Lumpuh Yang Ustaz Ebit Lew Bantu Di Kedah. 3

Ini pula merupakan perkongsian dari masjid terdekat yang turut membantu keluarga ini:

Timbul “Kisah” Di Sebalik Lelaki Lumpuh Yang Ustaz Ebit Lew Bantu Di Kedah. 4

Netizen bersetuju ramai yang lebih suka di bantu dan tidak mahu membantu diri sendiri:

Timbul “Kisah” Di Sebalik Lelaki Lumpuh Yang Ustaz Ebit Lew Bantu Di Kedah. 5

Timbul “Kisah” Di Sebalik Lelaki Lumpuh Yang Ustaz Ebit Lew Bantu Di Kedah. 6

Semoga bantuan oleh Ustaz Ebit Lew tidak dipersiakan oleh mana-mana penerima:

Timbul “Kisah” Di Sebalik Lelaki Lumpuh Yang Ustaz Ebit Lew Bantu Di Kedah. 7

Sebenarnya perkara ini menjadi panas kerana komen-komen dari netizen yang memfitnah Lembaga Zakat Kedah, badan berkaitan, masjid dan masyarakat terdekat kononnya tidak ambil peduli dengan kedaifan keluarga ini.

Tetapi mereka yang telah banyak membantu lebih tahu perkara sebenar kerana masalah keluarga ini sudah bertahun-tahun cuba di selesaikan namun tidak mendapat kerjasama dari pihak keluarga terbabit.

Kami mendoakan agar ada jalan terbaik selain daripada hanya menerima bantuan, keluarga ini juga turut ada keinginan untuk membuat perubahan. Jadikan titik permulaan yang baru bantuan dari Ustaz Ebit Lew.

Semoga kita tidak lagi mendengar sebarang cemuhan kepada golongan yang sudah memberikan bantuan tetapi penerima pula diberi betis mahu peha pula.

Baca Selanjutnya

Timbul “Kisah” Di Sebalik Lelaki Lumpuh Yang Ustaz Ebit Lew Bantu Di Kedah. 8

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here