Home All Isu Semasa Di Penjara Saya Buat Benda Yang Tak Pernah Saya Buat-Hikmah Dipenjara Farid...

Di Penjara Saya Buat Benda Yang Tak Pernah Saya Buat-Hikmah Dipenjara Farid Kamil Khatam Al-Quran

2142
0
penjara

Umum sedia maklum bahawa pada pertengahan tahun lepas, pelakon hebat, Datuk Farid kamil telah dijatuhkan hukuman penjara selama 2 bulan di Penjara Kajang.

Titik hitim dalam hidupnya itu telah merubah banyak perkara dalam dirinya dan membuatkan sutradara tersohor itu kembali mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Khatam Al-Quran dalam 30 hari je semasa dalam Penjara

Menerusi perkongsian yang dibuat kepada Mstar, Farid memberitahu bahawa semasa di penjara dia telah melakukan banyak perkara yang sebelum ini kerap ditinggalkan dan kurang memberi perhatian.

Antaranya dia telah berjaya khatam 30 juzuk al-Quran serta kerap bangun malam untuk menunaikan solat tahajud.

“Didalam penjara, saya buat benda yang saya tak pernah buat contohnya saya bangun untuk solat tahajud dan berjaya khatam al-Quran dalam tempoh 30 hari. Kalau dalam keadaan bebas belum tentu saya buat perkara itu.”

penjara

Allah nak tunjuk sesuatu yang lebih baik

Sementara itu, Farid tetap bersyukur dengan apa yang terjadi kerana sedikit sebanyak merubah dirinya kepada lebih baik berbanding sebelum ini.

Saya bersyukur diberi kesempatan untuk bertaubat dan mengalami benda yang orang lain tak dapat.” Mungkin tuhan nak tunjuk sesuatu dalam keadaan sedemikian supaya hidup saya jadi lebih baik.”

Terima kasih untuk isteri tersayang

Dalam pertemuan tersebut juga, Farid sempat memberikan kredit kepada isteri tercinta  Datin Diana Danielle kerana tetap ada dalam keadaan baik mahupun ketika dia ditimpa mal4petaka.

Dalam pada itu, Farid yang sedang giat menyiapkan filem terbarunya yang berjudul Remp-it 2 dilihat cukup optimis menempuhi hari-hari akan datang. Dia kini sedar masih ada yang menyokong serta berada dibelakangnya bagi memberikan semangat untuk terus maju kehadapan.

Bertuah Farid mendapat isteri yang memahami keadaan Farid dan jatuh bangunnya dalam alam rumahtangga iaitu Diana Danielle dan kita doakan Farid sekeluarga berjaya dunia dan akhirat.

Di Penjara Saya Buat Benda Yang Tak Pernah Saya Buat-Hikmah Dipenjara Farid Kamil Khatam Al-Quran 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here