Home All Tazkirah Deep Pesanan Ustaz Kazim Elias Buat Golongan Yang Mula Bosan Hadap PKP.”Belum...

Deep Pesanan Ustaz Kazim Elias Buat Golongan Yang Mula Bosan Hadap PKP.”Belum Terkurung Dalam Kubur Lagi”

8353
1
Deep Pesanan Ustaz Kazim Elias Buat Golongan Yang Mula Bosan Hadap PKP.

Deep Pesanan Ustaz Kazim Elias Buat Golongan Yang Mula Bosan Hadap PKP.”Belum Terkurung Dalam Kubur Lagi” | Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sambung lagi selama dua minggu, ramai yang sudah jadi tak keruan. Ramai yang mula merungut bosan untuk keluar dari rumah.

Sebenarnya kita hanya ‘berkurung’ dalam kawasan rumah, tetapi masih boleh melakukan aktiviti lain seperti memasak, mengaji, membasuh kereta atau melakukan senaman.

Malah dengan radius jarak kita juga hanya kira-kira 10 kilometer bermakna masih boleh keluar membeli barangan keperluan di kedai berhampiran.

Tetapi bayangkan bandua yang duduk di penjara, tidak boleh keman-mana dan hanya menunggu ahli keluarga datang melawat selepas PKP.

Inilah yang dikongsikan oleh Pendakwah Bebas, Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias yang sebenarnya sekadar ‘perli’ kepada golongan yang sudah panas bontot sepanjang musim PKP ini.

Posting Ustaz Kazim Elias di laman sosial di Facebooknya cukup memberi maksud tersendiri dan sangat mendalam. Malah ayatnya yang terakhir juga membayangkan situasi jika berada di situ untuk selamanya.

Tak keluar rumah 2,3 minggu pun dah terasa boringnya… pdhal ada mkn minum,tv, wifi, anak isteri..semua ada. Mcmana pulak rasanya orang dlm penjara bertahun2 kena hukuman..Belum terkurung dlm kubur lagi…

Ustaz Kazim Elias

Perkongsian Ustaz Kazim Elias ini turut mendapat respon warganet.

Khairul Alphauniformkilo Assalamualaikum DUKE..dlm musim C19.. Byk pengajaran Dan pelajaran teman dpt.. Dh sbln cuti berkerja dpt rehat di rumah Sm2 isteri Dan anak.. Dpt mengajar anak2 solat berjemaah serta ngaji…bila fkr semula ada jgk hikmah yg diberi kpd kita semua..temn doakn semoga DUKE serta seluruh rakyat Malaysia sihat selalu..

Sarimah Mentaim Haaahh..betul tu Dato… Byk pengajaran yg kita dpt dr PKP nie.. in sha Allah bermanfaat kalo hati kita ikhlas perbaiki diri… Moga Dato’ & kita semua sihat sejahtera dlm rahmat kasih syg Allah SWT..aamiin…

Umi Norijah Itulah yg sy bicarakan bersama banduan yg berada di dlm bengkel sy Ustaz Kazim Elias….skrg sy betul betul faham perasaan mereka…apa itu erti berkurung….tp kita lebih beruntung masih boleh menggunakan tel…menonton cerita tv…makan minum yg boleh di pilih…bersama keluarga…boleh juga bergerak dengan bebas…jd yg di luar sana sabarlah demi semua dan negara kita…

Rahmah Rahmah.Alhamdulillah dalam keadaan c19 banyak yg berlaku banyak masa sangat untuk lebih lagi mendekati diri dengan allah semoga kita selalu dalam rahmat nya aamiin

Baca Selanjutnya

Deep Pesanan Ustaz Kazim Elias Buat Golongan Yang Mula Bosan Hadap PKP."Belum Terkurung Dalam Kubur Lagi" 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here